APLIKASI MYAUDIWORLD TINGKATKAN PENGALAMAN PEMILIKAN PELANGGAN AUDI
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini memperkenalkan “myAudiWorld”, aplikasi mudah alih pertamanya untuk para pemilik kenderaan Audi di negara ini. Aplikasi myAudiWorld menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan kini lebih mudah, menarik dan direka khas demi keperluan pemilik Audi.
Aplikasi myAudiWorld menawarkan akses mudah terhadap pelbagai ciri daripada menjadual temu janji servis, mendapat tawaran serta promosi terkini sehinggalah mencari lokasi Pusat Servis Audi terdekat.
Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev memberitahu pengenalan aplikasi tersebut bermakna para pengguna kini boleh mengawal pengalaman pemilikan dan pemanduan kereta Audi mereka dengan lebih baik.
“Selain untuk kenderaan yang lebih baharu, aplikasi myAudiWorld berusaha untuk menawarkan penjagaan luar biasa kepada kereta Audi yang berusia lima tahun dan ke atas, termasuklah model yang diimport secara parallel.
“Dengan pakej-pakej penjagaan eksklusif seperti Audi Plus (yang hadir dengan bantuan tepi jalan) dan pakej Repair, kami ingin memberi ketenangan minda kepada para pelanggan. Sekali gus memastikan kereta mereka mendapat perhatian sepenuhnya dan sokongan yang diperlukan,” jelas Denyu.
Ciri-ciri pada aplikasi myAudiWorldApp termasuklah:
Membuat Temu Janji Servis
Pelanggan boleh menjadual temu janji servis di mana-mana pusat servis Audi yang mereka inginkan, jimat masa dan tenaga.
Tawaran Eksklusif
Terima tawaran yang direka khas berdasarkan kepada minat dan sejarah kenderaan pelanggan. Tebus baucar secara terus melalui aplikasi serta nikmati promosi eksklusif ke atas pelbagai perkhidmatan dan aksesori Audi.
Lokasi Pengedar
Ketahui dan navigasi ke Audi Centre terdekat untuk keperluan jualan atau selepas jualan.
Lokasi Pengecasan EV
Memastikan para pemilik EV Audi sentiasa terhubung dengan kemudahaan pengecasan, seterusnya meningkatkan pengalaman memandu kereta elektrik.
Peringatan Servis
Aplikasi ini mempunyai peringatan servis dalam bentuk notifikasi bagi memastikan pelanggan tidak terlupa dengan penyelenggaraan kenderaan yang telah dijadualkan.
Bantuan Kecemasan
Akses mudah dan pantas ke atas bantuan kecemasan 24 jam dengan talian bantuan khas bagi memastikan sokongan segara serta ketenangan minda ketika berada di atas jalan raya.
Berita dan Kemas Kini
Berita terkini, pelancaran, perkembangan menarik dan kemas kini daripada Audi Malaysia. Aplikasi myAudiWorld kini sudah boleh dimuat turun ke peranti Android, Huawei dan iOS. Maklumat lanjut, sila layari laman web Audi Malaysia www.audi.com.my