
AUDI MALAYSIA KEMBANGKAN RANGKAIAN PENGEDAR KE SELURUH NEGARA
PHS Automotive Malaysia (PHSAM), selaku pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia, memperkukuh rangkaian perkhidmatan pelanggan dengan pelantikan enam pusat pengedar baharu di seluruh negara.
Empat daripadanya beroperasi sebagai pusat 4S (jualan, servis, alat ganti dan baik pulih) – iaitu Audi Puchong, Audi Melaka, Audi Kuantan dan Audi Skudai.
Sementara itu, dua lagi lokasi di Borneo, iaitu Audi Kuching dan Audi Kota Kinabalu, kini menawarkan perkhidmatan sebagai pusat 2S (servis dan alat ganti) dengan perancangan untuk memulakan operasi jualan menjelang akhir tahun ini.

Berikut adalah senarai penuh pusat yang terlibat dalam perluasan ini:
Rangkaian Pengedar Audi Baharu:
- Audi Puchong (4S)
PHS Autohaus
Lot 895, Jalan Subang 10, Kampung Kenangan, 47100 Puchong - Audi Melaka (4S)
N3 Auto
259-1, Jalan Bukit Palah, Bukit Baru, 75150 Melaka - Audi Kuantan (4S)
Okuan Otomobil
Lot 2104, Jalan Beserah, 25300 Kuantan - Audi Skudai (4S)
FA Wagen
No. 10C, 5 1/2 Mile, Jalan Skudai, Tampoi, 81200 Johor Bahru - Audi Kuching (2S)
EuroAuto Garage
Lot 743, Block 12, MTLD, Off Jalan Setia Raja, Tabuan Light Industrial Park, 93450 Kuching - Audi Kota Kinabalu (2S)
Kota Bumi
Lot 162, Lok Kawi Industrial Estate, KM 18, 88820 Kota Kinabalu
Langkah ini membolehkan Audi memberikan akses lebih meluas serta perkhidmatan yang lebih dekat kepada pelanggan di kawasan tengah, selatan, timur dan juga Malaysia Timur.
Ia juga mencerminkan aspirasi jenama tersebut untuk menawarkan pengalaman pemilikan premium – sebelum dan selepas jualan – yang setanding dengan standard global.
Sejak mengambil alih operasi Audi pada tahun 2023, PHSAM telah melakar beberapa pencapaian penting, termasuk pelancaran penuh barisan kenderaan elektrik Audi e-tron, yang merupakan antara pelancaran terawal selepas Amerika Utara. Kemudian, model prestasi tinggi SQ8 e-tron diperkenalkan pada tahun 2024.
Tahun 2025 pula bakal mencatatkan sejarah tersendiri dengan pengeluaran model Audi Q7 – SUV pertama jenama itu yang dipasang secara tempatan di Malaysia, menandakan permulaan era baharu untuk Audi di rantau ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai model dan perkhidmatan Audi di Malaysia, sila layari laman web rasmi: www.audi.com.my.







