Buletin

AUTONITTY LANCAR PUSAT SERVIS PERTAMA – TAWAR MINYAK ENJIN PAKELO LUBRICANTS DI MALAYSIA

Autonitty Sdn Bhd (Autonitty), satu nama baru dalam industri servis automotif membuka premis pertamanya pada hari ini.

Menjadikan Pakelo Lubricants sebagai minyak enjin rasmi, Autonitty juga bertindak selaku pengedar rasmi minyak tersebut.

Pakelo Lubricants ialah jenama minyak enjin dari Itali yang menawarkan kualiti dan prestasi luar biasa. Sudah wujud sejak tahun 1930, ia pernah menjalin kerjasama dengan Ferrari dalam sukan bermotor.

Memiliki makmal R&D tersendiri, PakeloLab menyediakan perkhidmatan rundingan secara eksklusif dari segi penyelidikan dan diagnosis ke atas minyak pelincir, selain diiktiraf sebagai antara makmal terbaik di Eropah.

Premis Autonitty terletak di No. 2 Jalan PJS 7/19 Bandar Sunway. Pasukannya diketuai oleh Pengarah Urusan Autonitty, Allan Chong yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang servis kenderaan.  

Kemudahan itu mempunyai empat ruang servis, sebuah bilik detailing kenderaan, sebuah lounge dan reception untuk pelanggan.

Autonitty menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan umum, penjajaran, pendingin hawa, detailing, serta memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan.  

“Kami menjanjikan pengalaman servis kenderaan yang terbaik. Para pelanggan boleh mencuba sendiri perkhidmatan kami dan minyak enjin Pakelo Lubricants,” kata Allan.  

Waktu operasi Autonitty adalah pada hari Isnin hingga Sabtu, mulai jam 9.00am – 6.30pm. Ia juga ada menawarkan perkhidmatan  ambil dan hantar dalam jarak tertentu,

Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-56123928 atau emel ke [email protected]

Google ads
Back to top button