
Motosikal
BILA MARC MARQUEZ DAN DANI PEDROSA JALAN-JALAN DI BARCELONA – TERUJA ORANG KAT SANA
Baru-baru ini, laman Facebook Honda ProRacing ada berkongsi satu klip video yang menarik khas buat peminat pasukan Repsol Honda.
Klip video berdurasi 2 minit 24 saat itu menyaksikan dua pelumbanya, Marc Marquez dan Dani Pedrosa berjalan-jalan di sekitar bandar Barcelona, Sepanyol.

Kehadiran Marc dan Dani nyata menarik perhatian orang ramai. Gelagat mereka berjalan dengan sut penuh perlumbaan jelas membuatkan ramai yang teruja dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar.
Menurut keterangan video, sesi berjalan-jalan itu dilakukan beberapa jam sebelum perlumbaan Catalunya Grand Prix pada 17 Jun lalu.
Menarik juga video ni.. korang tengok lah sendiri.
https://www.facebook.com/hondaproracing/videos/1674623399240541/







