Buletin

REBUT PELUANG MILIKI 100 UNIT EKSKLUSIF VOLVO SELEKT CERTIFIED USED CARS – BERMULA RM153,000

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Susulan kejayaan acara jualan yang lalu, Volvo Car Malaysia kembali membuka peluang untuk anda memiliki kereta terpakai Volvo Selekt Certified Used Cars pada nilai yang sukar ditandingi. Sebanyak 100 unit kenderaan premium yang telah dipilih khas kini dilepaskan ke semua bilik pameran Volvo di seluruh negara.

Berbeza dengan penawaran kereta terpakai biasa, setiap 100 unit ini diperoleh terus daripada kenderaan korporat eksekutif Volvo Car Malaysia dan unit pandu uji pengedar sah Volvo. Bagi mereka yang mengidamkan model terbaharu Volvo, inilah peluang terbaik untuk memiliki unit yang dijaga rapi tanpa perlu menunggu tempoh tempahan yang lama.

Piawaian Tanpa Kompromi, Kualiti Terjamin

Kualiti tanpa kompromi menjadi tunjang program Volvo Selekt Certified Used Cars. Setiap kenderaan wajib melalui 125 pemeriksaan rapi serta menerima kemas kini perisian terbaharu untuk memastikan ia memenuhi piawaian ketat kami. Dengan penggunaan alat ganti tulen Volvo secara eksklusif, pelanggan dapat menikmati pengalaman pemilikan premium yang setanding dengan kereta baharu, namun pada nilai yang lebih berbaloi.

Unit-unit yang ditawarkan sepanjang kempen ini menampilkan perbatuan yang sangat rendah, dengan ada yang mencatatkan serendah 7,000km dan tidak melebihi 16,000km. Selain itu, setiap kenderaan masih dilindungi oleh baki jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, bantuan tepi jalan 24 jam, dan ketersambungan perkhidmatan digital.

Barisan Model Volvo Selekt

Pilihan yang ditawarkan oleh Volvo Car Malaysia kali ini sangat menarik kerana ia merangkumi kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) generasi baharu serta SUV hibrid (PHEV) yang popular pada harga yang sangat kompetitif:

  • Volvo EX30 (dari RM153,000): SUV kompak yang sarat dengan teknologi dan ciri keselamatan, sangat sesuai untuk gaya hidup bandar yang sibuk.
  • Volvo EC40 (dari RM183,000): Crossover elektrik sepenuhnya dengan reka bentuk menarik bagi mereka yang mementingkan prestasi dan gaya.
  • Volvo XC60 (dari RM249,000): Model paling laris Volvo sepanjang zaman yang menawarkan keseimbangan antara keselesaan, versatiliti, dan kemewahan.
  • Volvo XC90 (dari RM283,000): SUV tujuh tempat duduk dengan ruang yang luas, ciri keselamatan tanpa tandingan, serta kelincahan yang mengagumkan.
  • Volvo EX90 (dari RM339,000): SUV elektrik sepenuhnya Volvo yang mewakili kemuncak teknologi keselamatan masa hadapan.

Alat Pemilikan Pintar

Bagi pelanggan yang masih mempertimbangkan peralihan ke arah elektrifikasi, Volvo Car Malaysia menggalakkan penggunaan kalkulator “Petrol vs Electric”. Alat ini membolehkan pelanggan membandingkan kos operasi kenderaan semasa mereka dengan model Volvo elektrik atau hibrid, sekali gus memperincikan kelebihan kewangan jangka panjang. Kalkulator ini boleh dicapai di volvocarmalaysia.com/calculator.

Unit Terhad

Dengan hanya 100 unit di seluruh negara dan harga bermula dari RM153,000, flit eksklusif ini menawarkan titik kemasukan terbaik untuk memiliki jenama premium Volvo. Memandangkan nilai yang ditawarkan sangat tinggi serta permintaan yang besar untuk kenderaan spesifikasi eksekutif ini, jualan adalah berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat”.

Pelanggan dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Volvo terdekat untuk memandu uji dan menempah model pilihan sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti kami di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.

Google ads
Back to top button