Buletin

TEMPAHAN JETOUR T1 DIBUKA – TAWAR DUA VARIAN, HARGA BERMULA RM143K

JETOUR Malaysia kini secara rasmi membuka tempahan untuk model SUV terbaharu mereka, JETOUR Malaysia JETOUR T1.

Untuk pasaran tempatan, JETOUR T1 hadir dengan dua pilihan varian iaitu 1.5L TGDi 2WD dan 2.0L TGDi XWD.

Varian 1.5L dikuasakan enjin 1.5 liter turbo suntikan terus yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan, menawarkan pemanduan lebih lancar serta responsif untuk kegunaan harian.

Antara kelengkapan standard termasuk lampu LED penuh di hadapan dan belakang, rim aloi 18-inci, tempat duduk kulit sintetik dengan larasan kuasa untuk pemandu, skrin infotainmen 12.8-inci dengan kawalan suara, sistem audio 8 pembesar suara serta pencahayaan kabin ambien monokrom.

Aspek keselamatan pula dilengkapi 6 beg udara SRS, sistem bantuan pemanduan tahap 2 (ADAS) dan kamera pandangan sekeliling.

Bagi varian lebih tinggi 2.0L TGDi XWD, ia menawarkan enjin lebih berkuasa bersama sistem 7+X mod pemanduan untuk menyesuaikan prestasi mengikut keadaan jalan.

Ciri premium turut ditambah termasuk rim 19-inci, bumbung panoramik, tempat duduk pemandu dengan fungsi memori, tempat duduk penumpang hadapan larasan kuasa, skrin infotainmen 15.6-inci, sistem audio SONY 9 pembesar suara serta pencahayaan ambien 64 warna.

Dari segi keselamatan, JETOUR T1 turut mencatat penarafan 5 bintang ASEAN NCAP (protokol 2021–2025) dengan skor 87.67 mata, sekali gus mengukuhkan lagi reputasinya sebagai SUV yang selamat dalam kelasnya.

SUV ini akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu;

  • Khaki White
  • Aviation Silver
  • Sand Gold
  • Carbon Black

Tempahan kini dibuka dengan anggaran harga bermula RM143,800 bagi varian 1.5L TGDi 2WD, manakala RM153,800 untuk varian 2.0L TGDi XWD, lengkap dengan pakej pemilikan serta jaminan menyeluruh.

Google ads
Back to top button