Motosikal

YAMAHA YZF-R25 HADIR DENGAN DUA WARNA BAHARU – RM23,098

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemas kini YZF-R25 dengan dua pilihan warna baharu bagi tahun 2026. 

HLYM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa R25 kini tampil dengan warna Icon Blue dan Mint Green. Menariknya, kedua-duanya masih lagi ditawarkan dengan harga RM23,098 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). 

Menggerakan R25 adalah enjin parallel-twin 249cc DOHC yang berupaya menjana 35.4hp pada 12,000rpm dan 22.6Nm pada 10,000rpm. 

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk:

  • ABS 
  • lampu LED
  • klac Assist & Slipper
  • Y-Connect

Menurut HLYM, R25 dengan warna baharu ini sudah pun boleh didapati di pengedar rasmi Yamaha sejak 21 April lalu. 

Google ads
Back to top button