Peranti

AXA AFFIN LANCAR APLIKASI AXA DRIVE

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA Affin) hari ini melancarkan AXA Drive, satu aplikasi telefon pintar yang bertujuan menambah baik aspek keselamatan jalan raya. 

SONY DSC

AXA Drive dibina menggunakan teknologi telematik dan pengesan pergerakan. Ia berupaya merakam data bagaimana kereta dipandu dari aspek pecutan, brek dan membelok. Tujuannya untuk mendapatkan skor di akhir perjalanan. AXA Drive boleh dimuat turun daripada App Store (iOS) dan Google Play (Android) secara percuma.

“AXA sememangnya sentiasa menyokong inisiatif berkaitan keselamatan jalan raya. Selari dengan objektif kami untuk untuk menawarkan perlindungan lebih baik, AXA Drive merupakan satu cara inovatif dalam memupuk tabiat memandu yang baik dalam kalangan pemandu di Malaysia,” kata Ketua Pengarah Ekskutif AXA Affin, Emannuel Nivet.

SONY DSC

Dibangunkan sendiri oleh AXA, AXA Drive berupaya mengadaptasi kondisi jalan dan trafik di Malaysia. Aplikasi ini membolehkan pengguna membina profail dan berkongsi skor mereka di laman Facebook, Twitter dan Google+.

Lebih menarik lagi, Axa Drive turut menyediakan peta dan menunjukkan jalan yang dilalui. Aplikasi ini turut mempunyai tip-tip untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Setakat ini, AXA Drive telah dimuat turun sebanyak 400,000 kali di seluruh dunia.

SONY DSC

Bermula dari September hingga November 2014, pengguna aplikasi AXA Drive  berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik apabila mengambil bahagian dalam peraduan “Jadilah Pemandu yang Selamat dengan #AXADriveMY.

Maklumat lanjut mengenai peraduan “Jadilah Pemandu yang Selamat dengan #AXADriveMY boleh diperolehi di laman web: www.axa.com.my Selamat mencuba!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button