Pandu Uji

MINI COUNTRYMAN 55 EDITION

Ini merupakan edisi khas dan terhad MINI Cooper Countryman untuk meraikan ulang tahun MINI ke-55 di seluruh dunia. Lebih istimewa, kehadiran jentera itu turut menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. 

 MINI-Countryman-55-Edition-mekanika (3)

Terhad kepada 55 unit sahaja, MINI Countryman edisi khas ini dihasilkan eksklusif untuk pasaran Malaysia.

“Apabila MINI mula diperkenalkan pada tahun 1959, ia membawakan satu konsep yang revolusionari mengenai sebuah kereta kecil yang menjadi antara model paling berjaya dalam industri automotif apabila ia mampu bertahan selama 55 tahun.

 MINI-Countryman-55-Edition-mekanika (7)

“Kereta ini bermula dengan konsep yang ringkas tetapi genius daripada pereka bentuk Alec Issigonis. Beliau berjaya menghasilkan sebuah kereta dengan kualiti pemanduan go-kart, gaya yang tidak dapat ditiru dan ikon bersejarah di seluruh dunia, tidak terkecuali di Malaysia,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris.

MINI sudah lama bertapak di Malaysia. Justeru, MINI Countryman 55 Edition dicipta sebagai tanda terima kasih kepada peminat setia jentera MINI di sini.  

 MINI-Countryman-55-Edition-mekanika (15)

Model tersebut hadir dengan penambahbaikan pada bahagian luarannya. Interpretasi MINI klasik seperti garis bumbung, gril radiator berbentuk heksagon, lampu utama bersaiz besar, garis krom MINI, arca roda lebar dan kluster lampu belakang menegak  dikekalkan.

MINI-Countryman-55-Edition-mekanika (4)

Bagi menjadikannya lebih istimewa, MINI Countryman 55 Edition dilekatkan dengan jalur sports 55 Edition yang eksklusif pada bonet hadapan, skirt sisi dan bahagian belakangnya. Satu lencana 55 Edition juga dilekatkan pada gril radiator itu. Penampilannya diserlahkan lagi menerusi rim aloi ringan lima jejari bersaiz 16 inci.

 MINI-Countryman-55-Edition-mekanika (10)

Model kompak itu dikuasakan oleh unit enjin aspirasi biasa (N/A) bersesaran 1.6 liter. Ia mampu menjana kuasa sehingga 120hp dan memecut dari 0 hingga 10km/j dalam tempoh 11.6 saat. Penggunaan bahan apinya pula sekitar 7.6 liter bagi setiap 100 kilometer.

MINI-Countryman-55-Edition-mekanika (8)

Pada bahagian dalaman, MINI Countryman 55 Edition dipasang dengan kemasan upsholteri berwarna hitam. Ia juga dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti sensor hujan, kawalan lampu automatik dan cermin pandang belakang anti-silau.

 MINI-Countryman-55-Edition-mekanika (13)

MINI Countryman 55 Edition didatangkan dalam warna merah, biru, kelabu, putih dan coklat tembaga. Jentera itu ditawarkan pada harga anggaran RM188,888 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans) bersama MINI Service selama tiga tahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button