Buletin

HINO MOTORS BUKA KILANG BAHARU DI SENDAYAN

Hino Motors Ltd, pengeluar trak dan bas terkemuka dari Jepun telah membuka lembaran baru dalam sejarah empat dekad di Malaysia menerusi pembukaan rasmi kilang pengeluaran pertamanya di Malaysia. 

 Hino-Motors-sendayan-mekanika  (3)

Kilang moden bernilai RM172 juta itu yang dinamakan Hino Motors Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd (HMMMY). Ia terletak di kawasan tapak seluas 170,000 meter persegi di Lembah Teknologi Sendayan.

Dengan pekerja seramai 350 orang dan keupayaan pengeluaran tahunan kira-kira 10,000 unit, kilang itu bertanggungjawab mengeluarkan semua produk HINO, merangkumi trak tugas ringan sederhana dan berat, serta bas untuk pasaran Malaysia.

Buat masa sekarang, kilang tersebut mampu mengeluarkan kira-kira 600 unit kenderaan sebulan. Hino Motors juga mengumumkan bahawa fasa pembangunan seterusnya kilang di Sendayan seluas 57,240 meter persegi.sudah dimulakan.

Hino-Motors-sendayan-mekanika  (1)

Ia melibatkan projek seperti pembinaan sebuah bangunan baru dengan 12 ruang pemeriksaan sebelum penyerahan, 12 ruang pemasangan aksesori, sebuah ruang mengecat dan sebuah petak penyerahan trak dan bas HINO .

Projek yang menelan kos kira-kira RM12 juta dan dijadualkan siap pada bulan November itu bakal menempatkan Pusat Sokongan Mutlak Pelanggan yang bakal dikendalikan oleh Hino Motors Sales Malaysia. Pusat itu bermatlamat memberi latihan kepada pelanggan tentang teknik memandu secara selamat dan mesra alam. 

Hino-Motors-sendayan-mekanika  (11)

Pada tahun 2013, Hino Motors mencatat jualan paling laris di Malaysia dengan 7,007 unit.  Jumlah jualan itu memastikan HINO kekal sebagai jenama nombor satu dalam pasaran kenderaan komersial (4 tan dan ke atas) untuk empat tahun berturut-turut.

Dengan pengeluaran yang kini di bawah kawalannya secara langsung, Hino Motors berada di landasan terbaik untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat.

“Saya harus mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana memastikan kilang ini menepati piawaian sangat tinggi yang ditetapkan dalam rangkaian global kami.  Kepantasan kilang ini dibina dan keupayaan ia beroperasi dengan sepenuhnya cukup mengagumkan,” kata Pengerusi Hino Motors Ltd, Encik Masakazu Ichikawa.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button