Buletin

KOS SARA HIDUP NAIK MENDADAK. BREMBO BAGI BONUS SARA HIDUP RM4,580 KEPADA SEMUA PEKERJA DI ITALI

Syarikat pengeluar brek, Brembo mengumumkan perancangan memberi bonus sara hidup sebanyak € 1,000 (RM4,580) pada setiap para pekerja di Itali.

Pembayaran bonus berkenaan akan dilaksanakan bersama gaji bulanan pada bulan Mei nanti.

Menurut akhbar L’Eco di Bergamo, syarikat berkenaan melalui satu memo berkata dalam konteks mikroekonomi Itali, kos sara hidup telah meningkat dengan mendadak.

Syarikat itu dilaporkan memperuntukkan sebanyak € 6 juta (RM27.47 juta) untuk bonus tersebut.   

Pada bulan lalu, orang ramai tidak dapat lari daripada fakta bahawa kebanyakkan barangan meningkat dengan mendadak sehingga melonjak kos sara hidup.

Ia merupakan pembayaran satu kali sahaja dan dilihat mampu membantu dalam keadaan sukar berdepan kos sara hidup semakin tinggi. – rideapart

Google ads
Back to top button