Buletin

BENTLEY MULSANNE GRAND LIMOUSINE 2016 INGIN DILELONG. ADA 12 UNIT AJA NI OI DALAM DUNIA!

Collecting Cars telah membuka bidaan untuk salah satu model Bentley moden yang paling jarang dilihat dan dihasilkan, satu daripada 12 Mulsanne Grand Limousine 2016, model yang cukup berharga ketika ianya dihasilkan suatu ketika dahulu.

Khabarnya model ini dihasilkan sebagai salah satu daripada hanya 12 contoh yang dihasilkan oleh Division Mulliner Bentley. Model limosin yang luar biasa ini merupakan suatu hasil seni bespoke yang pernah dihasilkan pada zaman era moden ini.

Pada asalnya model ini dibangunkan sebagai satu unit sahaja tetapi kemudiannya,model  Grand Limousine ini mula ditawarkan kepada segelintir pelanggan terpilih di rantau ini, setiap kereta disiapkan mengikut spesifikasi yang unik. Contoh ini dipersembahkan dalam Rubino Red over Light Gazelle, kemasan dua tona yang canggih yang melengkapkan rupa bentuk yang memanjang dengan sempurna.

Dengan jarak titik roda 1,000mm dan garis bumbung 79 mm lebih tinggi, Grand Limousine menawarkan dimensi keselesaan yang sama sekali berbeza. Di dalam, ia menampilkan enam tempat duduk individu — masing-masing dengan zon iklimnya sendiri. Ruang kabin belakang menampilkan ciri yang mewah dan premium dengan penggunaan kemasan kulit Twine dengan venir Burr Walnut. Manakala bahagian hadapan disiapkan dalam kulit Fireglow, memberikan ciri kemewahan kepada pemandu juga.

Sememangnya kemewahan bahagian ruang belakang sememangnya menjadi keutamaan dengan kegelapan boleh laras, ruangan penyejuk minuman berkembar serta terdapat gelas kristal Bentley, meja dulang lipat, tempat duduk dengan fungsi mengurut, sistem interkom dan juga tiga tolok klasik yang memaparkan masa dan suhu luaran.

Dijanakan olen enjin V8 6.75 liter dengan pengecas turbo berkembar, Grand Limousine ini mempunyai kuasa 505 HP dan 1019 Nm digandingkan bersama kotak gear auto lapan kelajuan.

Dan model Grand Limousine satu daripada 12 unit yang dihasilkan ini hanya mempunyai odo meter setakat 7,136 km sahaja serta masih lagi mempunyai jaminan waranti daripada Bentley sehingga Mac 2027. Untuk rekod, ianya baharu sahaja menjalani proses penyelenggaraan berkala oleh Bentley Abu Dhabi pada Mei 2025 ketika jarak kilometer 7,100 km sahaja serta masih lagi mempunyai kondisi luaran dan dalaman yang cukup cemerlang.

Lantas berapakah harga yang mungkin sepatutnya ditawarkan untuk memiliki daripada Collecting Cars di Emiriah Arab Bersatu ini? Cuma sekitar $600,000 (RM2,536,800) sahaja. Murah ke mahal?

BACA : BENTLEY FLYING SPUR SPEED BAHARU – LAGI LAJU DAN LAGI POWER DENGAN TRENKUASA BAHARU

BACA : BENTLEY CONTINENTAL GT SPEED BAHARU KINI DI MALAYSIA – HARGA RM3.12 JUTA

Google ads

B K

Back to top button