
XIAOMI SU7 ULTRA IALAH KERETA CHINA PERTAMA MUNCUL DALAM GRAN TURISMO – XIEXIE
Xiaomi umumkan EV prestasi tinggi mereka, SU7 Ultra bakal sertai barisan model kereta lain dalam Gran Turismo 7. Ini berikutan kejayaan mereka membuat catatan rekod rasmi 6 minit 46.874 saat di litar Nurburgring Oktober lepas. Mereka juga akan mereka jentera Vision Gran Turismo yang juga akan membuat kemuncul dalam GT7 nanti.

Sebagai sebuah syarikat IT, Xiaomi mengejutkan ramai pihak dengan mengeluarkan EV pertama mereka, SU7, sebuah sedan berkuasa elektrik. Kejutan sebenar untuk dunia ialah varian paling berkuasa mereka yang dinamakan SU7 Ultra. Kehebatannya dibuktikan dengan ujian masa di litar Nurburgring dan ia dinobatkan sebagai sedan empat-pintu paling laju di dunia. Ia menewaskan rekod 7 minit 07.551 saat yang dicipta oleh Porsche Taycan Turbo GT dengan Weissbach Package!.
Rekod tersebut membantu memahat nama Xiaomi sebaris dengan pengeluar automotif lain. 10,000 tempahan diterima di China dalam masa dua jam untuk SU7 Ultra sebaik tempahan dibuka.

Ia turut menarik perhatian Polyphony Digital, firma IT terkenal di belakang francis permainan simulasi perlumbaan terkenal, Gran Turismo.
Teraju utama Gran Turismo, Kazunori Yamauchi yang juga seorang pelumba melawat ibu pejabat Xiaomi dan merasa sendiri pengalaman memandu SU7 Ultra di dalam litar. Beliau menyifatkan SU7 Ultra sebagai sangat ekstrim, berkuasa dan stabil.
Ketika ditanya dalam sesi soal jawab, Yamauchi tidak menolak kemungkinan satu hari nanti litar lumba China turut akan dimasukkan ke dalam francais Gran Turismo. Mantap lah.

