Artikel Pilihan

PROJEK LEKIU: NAIK TARAF LEWAT 15 TAHUN, MASIH RELEVAN?

1. 2 unit ‘flagship’ armada TLDM iaitu Frigate F200 Kelas Lekiu, dikhabarkan akan menerima tingkat upaya setelah beroperasi selama 27 tahun bermula pentauliahannya dalan TLDM sejak 1997. Walaupun ianya kelihatan bagus dan khabar gembira untuk komuniti pertahanan tempatan, ini sepatutnya telah dilakukan 10 tahun lepas pada 2015, dengan kos RM 700 juta.

Jika ia dilakukan pada tahun 2025, jangkaan kos peningkatan upaya 2 kapal LEKIU ini akan menjangkau lebih RM 1 billion, dengan kos inflasi terkini, apatah lagi jika ianya dilakukan di limbungan kapal tempatan, Boustead (BNS) atau nama samaran barunya adalah Lumut Naval Shipyard ( LUNAS).

Ini menjadikan kos tingkat upaya setiap frigate LEKIU menelan belanja RM 500 juta ringgit, dan jangkaan penggunaan maksima 15 tahun lagi sehingga 2040-2045.

Ilustrasi cadangan naik taraf KD LEKIU : sumber internet

2. Antara sistem cadangan yang akan digantikan adalah ;

NSM Naval Strike Missile – Anti Ship Missile, menggantikan Exocet

K-SAAM – point defence surface to air missile, menggantikan Seawolf

HANHWA Combat Management System

Type 997 ARTISAN Radar – mid range air and surveillance radar up 200km

3. Tetapi, adakah kos peningkatan upaya 2 kapal LEKIU ini berbaloi dengan kos yang dikeluarkan ?. Dalam konteks tahun 2025, usianya hampir 30 tahun, ada pendapat pemerhati pertahanan mengatakan tidak berbaloi.

Tingkat upaya ini jika dilaksanakan 15 tahun lepas mungkin berbaloi beserta refit, jika bermula proses pada tahun 2005/2010, mendapat peruntukan dan dilaksanakan pada 2015. Walaupun proses refit dilaksanakan, kebanyakan peralatan dan komponen kapal telah mula using tidak digantikan kerana dana peruntukan TLDM kebanyakan digunakan untuk projek pembinaan Litoral Combat Ship (LCS) bermula 2014, dan kapal New Generation Patrol Vessel (NGPV) Kelas KEDAH telah siap kesemua 6 buah.

4. Pembatalan perolehan 2 buah kapal baru LEKIU Batch 2 pada 2009 yang sepatutnya dibina di Labuan Shipyard memberi kesan pada tingkat upaya 2 kapal LEKIU sedia ada kerana sepatutnya semua 4 kapal kelas LEKIU akan mempunyai peralatan yang sama, seterusnya mengurangkan kos Latihan serta penyelenggaraan. Projek tingkat upaya 2 buah kapal LEKIU sepatutnya dilakukan setelah 2 buah kapal LEKIU Batch 2 siap dibina dan dioperasikan.

5. Faktor lain pembatalan program tingkat upaya adalah perancangan awalnya LCS sepatutnya menjadi asset kombatan utama TLDM yang akan mula beroperasi pada tahun 2020. Lekiu, Jebat dan Kelas Kasturi ( Corvette ) akan dialihkan peranan tugas selaku “secondary roles”, bukan lagi aset kombatan utama TLDM, dan dilucut tauliah apabila fleet kapal-kapal baru mula beroperasi mengikut plan 15 to 5 asal.

Tetapi BNS gagal untuk menyiapkan LCS mengikut jadual, dan Frigate Kelas LEKIU serta Kelas KASTURI terpaksa menggalas peranan selaku aset utama permukaan TLDM sehingga sekarang. Walaupun LEKIU tidak dinaiktaraf manakala KASTURI telah selesai projek Ship Life Extension Program (SLEP), walaupun hanya sebahagian peralatannya yang digantikan.

6. Bergelut dengan kelewatan LCS dan untuk memastikan LEKIU dan JEBAT kekal relevan dengan keperluan operasi maritime semasa, projek naik taraf dan tingkat upaya juga dilakukan secara berperingkat contohnya penukaran Electro Optical (EO), penggantian Combat Management System (CMS) dan pelbagai lagi ketika kedua kapal ini melakukan proses refit standard di limbungan, secara berkala. EO dan CMS antara peralatan yang akan digantikan jika program tingkat upaya dilakukan pada 2015.

7. 10 tahun lepas, Ketika LCS masih paparan di atas kertas, projek naik taraf LEKIU yang tertangguh masih keutamaan pada kedua kapal. Jika tidak, kedua ‘Light Frigate’ ini akan menjadi seperti korvet kelas LAKSAMANA, di mana dari sebuah korvet yang digeruni, lengkap dengan ASPIDE SAM ( Surface to Air Missile), OTOMAT Anti Ship Missile ( AsHM), Torpedo Anti Kapal Selam A244 324mm ( Anti Submarine), diturun taraf mejadi Kapal Peronda yang besar serta bersenjatakan Meriam Oto Melara 76mm sahaja.

Dan seperti 10 tahun lepas sejak 2015, projek naik taraf ini bergelut untuk mendapatkan peruntukan, bersaing dengan projek LCS dan LMS Batch 2, dan kapal-kapal lain didalam perancangan perolehan TLDM.

Projek tingkat upaya ini bukan lagi pilihan, malah mandatori jika kedua kapal frigate kelas LEKIU ini perlu beroperasi hingga dekad ke empat, melebihi 40 tahun perkhidmatan.

8. Apakah yang boleh dipelajari dari polemik naik taraf LEKIU/JEBAT yang tertangguh sejak 15 tahun lepas ini, juga pada masa yang sama TLDM juga bercadang untuk menaik taraf 6 buah kapal NGPV, serta 2 buah kapal selam Scorpene ?

Asas yang perlu difahami ialah, sekiranya memang tiada peruntukan langsung untuk menjalankan penggantian peralatan yang usang, sama ada kekurangan peruntukan atau pihak tertinggi memikirkan ianya tidak berbaloi.

TLDM seharusnya menghentikan kerugian ini dan semua program naik taraf. Hanya fokus program perolehan kapal-kapal baharu sahaja. Akan tetapi, projek naik taraf semua jenis kapal TLDM ini tetap ada praktikalitinya.

9. Jika APMM sedia untuk menerima 2 kapal LEKIU ini, maka ianya boleh diubahsuai, diturun taraf, menjadi kapal peronda bersaiz besar seperti KM Pekan, dan menjadi ‘mother ship’ untuk kapal-kapal kecil APMM. Jika KDN tidak mahu mengoperasikan kedua kapal ini, sebaiknya kedua kapal ini dibersarakan sebelum tempoh refit seterusnya.

Apabila membicarakan tentang refit, ianya juga dikenali sebagai “Life Extension Programme” (SLEP) atau ‘Mid Life Upgrade’ (MLU), bertujuan memanjangkan usia operasi kapal dan meningkatkan kemampuannya.

Proses ini termasuklah menggantikan komponen dan alat yang telah usang, naik taraf ‘Combat Management System’ ( CMS), naik taraf kemudahan krew, serta memodenkan system komunikasi dan navigasi.

Objektifnya adalah memastikan kapal kekal beroperasi dan sehingga tempoh melebihi jangka hayat asalnya. Kebanyakan kapal perang dioperasikan dengan jangka hayat 30 tahun, dengan proses SLEP, ianya mampu dioperasikan sehingga 45 tahun minima, mengikut tempo operasi.

10. Projek naik taraf & refit Scorpene yang telah beroperasi sejak 2006, sepatutnya dipastikan lulus dan selesai dalam RMK ini. Dana untuk naik taraf LEKIU juga boleh disalurkan pada projek naik taraf Scorpene. Ianya bukan sekadar penyelenggaraan biasa yang mengganti peralatan usang di kapal selam berkenaan, tetapi harus menjalankan proses SLEP & refit bagi memanjangkan jangka hayat persenjataannya juga.

Memanjangkan jangka hayat stok persenjataan Scorpene dilihat praktikal dan lebih kos efektif selain perolehan baru.

11. Bagi 6 kapal Kelas KEDAH NGPV, TLDM harus menimbangkan dan membuat keputusan samaada untu SLEP & refit kesemuanya atau hanya 4 kapal yang terakhir tauliah, Jika TLDM memilih hanya untuk naik taraf 4 buah kapal, dua kapal pertama iaitu KD KEDAH dan KD PAHANG, perlu dibersarakan segera untuk memastikan mempunyai bajet naik taraf 4 unit NGPV lain.

2 Kapal NGPV yang dibersarakan ini boleh ditawarkan pada APMM juga, consider ianya juga mempunyai hull yang besar, relatifnya moden dan baru berbanding fleet APMM lain, dan mampu belayar lebih lama.

Ianya boleh menjadi Offshore Patrol Vessel sesuai dengan perancangan strategik APMM ingin mempunyai 20 buah OPV, dimana projek pembinaan 3 OPV Kelas Tun Fatimah juga yang telah lewat 4 tahun.

Dan bagi 4 kapal kelas KEDAH terakhir, TLDM harus berusaha untuk mendapatkan peruntukan dinaik taraf dengan Surface to Air Missile ( SAM), Anti Ship Missile (AShM)

ANALISA

12. Kapal KEDAH berusian 19 tahun untuk 2 kapal pertama, dan 15 tahun purata bagi 4 kelas terakhir. Sebelum kita membincangkan naik taraf fleet TLDM dengan SAM dan AsHM, kita harus melihat fleet TLDM yang mempunyai AsHM pada masa artikel ini ditulis, Jun 2025 ;

1. KD Jebat

2. KD Lekiu

3. KD Kasturi

4. KD Lekir

Hanya 4 buah kapal memiliki kemampuan AsHM.

Kemudian kita melihat pula kapal frigate dan corvette baru yang akan diterima dilengkapi AsHM moden ;

a. Pada Apr-Jun 2027, TLDM akan menerima 2 Gowind Frigate yang boleh menggantikan peranan missile Frigate KD LEKIU & KD JEBAT.

b. Pada Oct-Dec 2027, TLDM akan mempunyai 3 LCS & 3 Kelas ADA LMS B2 Corvette, semua dilengkkapi AShM dan SAM.

c. Baki kapal LCS 6 yang dibatalkan, boleh dimulakan Kembali pembinaannya, ini kerana banyak peralatan yang sama dengan 5 LCS sebelumnya tersedia, dan LUNAS juga telah melalui fasa learning curve dan kompeten.

d. Umumnya, TLDM & APMM akan mengoperasikan 17 kapal baru dan besar pada 2030, jika LMS B2 memperoleh 3 lagi ADA Class tambahan seperti perancangan. Peningkatan kuantiti aset baru ini sebenarnya sangat signifikan dan menjadikan TLDM antara kuasa laut ASEAN.

e. Naik taraf sistem, dan persenjataan LEKIU, KASTURI, KEDAH mungkin boleh tidak menjadi keutamaan kerana 12 buah Frigate dan Corvette lengkap bersenjata ( kesemuanya lebih besar dan moden dari LEKIU) akan operasi pada 2030 jika proses pembinaan berjalan lancer.

Sekiranya peruntukan naik taraf LEKIU digunakan untuk menyiapkan LCS 6, dimana TLDM hanya fokus pada pembinaan kapal baru, TLDM akan mempunyai :

6 x LCS Frigate GOWIND ( kapal pertama pada 2026 )

6 x LMS Corvette ADA ( kapal pertama pada 2027)

12 buah kapal ini dengan AShM moden, lebih besar dan berkeupayaan dari sebarang hasil tingkat upaya LEKIU. Dengan 12 buah kapal baru, ditambah 2 KASTURI, 14 buah kapal TLDM mempunyai AShM pada 2030, dan ini adalah melebihi 3x ganda dari keupayaan TLDM 2025.

13. Secara peribadi, projek naik taraf LEKIU juga praktikal dan mampu menjadikan kapal ini relevan sehingga 2040. Analisa di atas hanya ideal jika LCS 6 disambung pembinaan dan perolehan 3 x LMS B2 ADA Class dilakukan untuk mencukupkan 6 biji. Tetapi dengan dinamika geopolitik, ketidaktentuan bajet, semua hull fleet TLDM sedia ada harus disediakan bagi mengurangkan risiko sekiranya kapal baru tidak siap dan perolehan tambahan LMS B2 tidak dilakukan tepat pada masanya.

TLDM harus diperkasakan dengan memaksimakan semua kapal beroperasi, dan menjayakan plan 15 to 5 sebaiknya.

14. Jika kerajaan menggunakan alasan kekangan kewangan untuk naik taraf LEKIU 20 tahun lepas, ianya maish boleh diterima kerana keberadaan China di zon tuntutan bertindih Laut China Selatan masih tidak agresif. 2025, scenario sangat berbeza, dengan pencerobohan maritime dan udara dari China yang sangat meningkat, bagi menuntut 9 dash line mereka.

Jika Kerajaan masih lesu dan hanya menganggap diplomasi mencukupi, hanya masa yang akan menentukan Malaysia akan hilang kedaulatannya di Zon Ekonomi Eksklusif serta sumbr asli minyak dan gas di perairannya sendiri.

Penulis asal yang masih bujang 3

Google ads
Back to top button