
BENTLEY FLYING SPUR SPEED BAHARU – LAGI LAJU DAN LAGI POWER DENGAN TRENKUASA BAHARU
Bentley Motor telah melancarkan supercar empat pintu pertamanya – Flying Spur Speed serba baharu, kini dalam generasi keempatnya selepas hampir dua dekad mentakrifkan sedan prestasi mewah terunggul.
Model Bentley Flying Spur Speed generasi keempat ini dihasilkan bagi menggantikan generasi ketiga yang telah pun berada dalam pasaran semenjak dari tahun 2019 lagi. Pandangan mata kasar mungkin akan berkata tiada perubahan ketara diantara generasi ketiga dan keempat ini dengan ianya masih lagi mengekalkan reka bentuk yang hamper dengan dengan ciri sebuah model sedan yang sasa. Mungkin terdapat beberapa perubahan yang kecil membabitkan perubahan pada reka bentuk bahagian bawah bawah bampar supaya masih lagi kelihatan elegan dan mewah.

Perubahan yang paling ketara untuk Flying Spur Speed baharu ini sebenarnya terletak pada ruangan nadi di bahagian bawah hud. Ianya menggabungkan rangkaian seni bina elektrik yang digabungkan dengan teknologi dunia automotif moden yang telah dipasang pada badan Flying Spur serba baharu ini.
Trenkuasa Bentley Flying Spur ini menggandingkan enjin 4.0 liter twin turbo V8 yang mampu menberikan ouput sehingga 600 PS bersama motor elektrik 190 PS yang disepadukan dengan transmisi dwi-klac lapan kelajuan.
Dengan menggunakan Sport mode, rangkaian kuasa ini mampu menghasilkan sehingga 782 PS dan 1000 Nm. Berbanding dengan model sebelumnya, Flying Spur Speed baharu memberikan tork yang lebih tinggi daripada kelajuan enjin yang lebih rendah, tork puncak yang lebih tinggi dan output kuasa yang lebih tinggi sepanjang julat putaran.

Khabarnya juga tork yang dihasilkan 11% lebih tinggi berbanding ketika penggunaan enjin W12 sebelumnya, daripada 900 Nm kepada 1000 Nm. Kuasa maksimum yang dihasilkan juga lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya sekali gus menjadikan model generasi keempat ini merupakan sedan Bentley yang paling laju pernah dihasilkan.
Bentley Performance Active Chassis kini didatangkan secara standard meliputi tetapan untuk Bentley Dynamic Ride dan All-Wheel Steering untuk membolehkan apa juga jenis gaya pemanduan tanpa masalah.
Pada penampilan luaran terdapat rim bersaiz 22 inci Ten Swept Spoke dengan kemasan dua tona.

Bahagian kabin menampikan tempat duduk baharu dengan rekaan kulit berlian 3D untuk gaya lebih mewah. Kini kesemua empat tempat duduk dilengkapi dengan fungsi Wellness Seating Specification bagi membolehkan ianya menyesuaikan keadaan suhu penghuni tempat duduk bagi menjamin tahap kelesuan penumpang dan pemandu berada di paras minimum.
Sistem infohiburan pula menggunapakai skrin bersaiz 12.3 HD untuk paparan lebih jelas. My Bentley App Studio yang tersedia juga boleh digunakan untuk memudahkan pemandu memuat turun muzik, navigasi, dan beberapa apikasi yang lain terus ke sistem infohiburan dengan lebih pantas.

Sistem pembesar suara daripada Bang & Olufsen dengan 16 pembesar turut ditawarkan kepada pembeli untuk kualiti bunyi yang lebih padu untuk menghiburkan penumpang di dalamnya.
Harganya dijangkan dijual pada aras $300,000 (RM1,339,751).
BACA : BENTLEY MEMPERKENALKAN 15 WARNA UNIK CAT SATIN BAHARU KEPADA PELANGGAN