Artikel Pilihan

UMW TOYOTA TAYANG MODEL ELEKTRIK TOYOTA bZ4x. MEMANG LAWA HABIS

Dalam diam UMW Toyota telah menayangkan secara terbuka 2 buah unit kereta elektrik sepenuhnya milik mereka iaitu Toyota bZ4x di ibupejabat mereka di Shah Alam pada hari ini. Terdapat 2 unit bZ4x yang ditayangkan dengan kedua-dua model ini ialah model 2WD seperti yang diberitahu kepada kami

Dengan 1 warna biru dan satu lagi berwarna perak, kedua dua unit ini sebenarnya dibawa masuk sebagai unit ujian terlebih dahulu bagi menganggarkan penerimaan pasaran tempatan terhadap kereta elektrik sepenuhnya buatan Toyota.

Dari segi reka bentuk, bZ4x membawa rekaan atas (top hat) yang sama seperti SUV Lexus dengan rekaan lampu depan, lampu belakang, tiang C yang sama seperti model RX. bZ4x dibangunkan atas platform e-TNGA iaitu platform yang dibangunkan khas untuk kereta elektrik bagi kumpulan Toyota dan Lexus.

Bagi unit bateri, ia mnggunakan bateri ion-Lithium sebesar 71.4kWh yang membolehkan bZ4x pacuan 2 roda depan dipandu sejauh 500km bagi satu pengecasan penuh. Bagi varian AWD dengan 2 unit motor, jarak perjalanan terhad kepada 460km.

Varian AWD menerima 2 unit motot elektrik yang menjana sehingga 216 kuasa dan 337Nm tork. Bagi varian pacuan roda depan, motor elektrik ini menjana 206 kuasa kuda dan 266Nm tork. Pecutan 0-100km/jam bagi varian pacuan depan ialah 7.5 saat manakala bagi pacuan semua roda, masa pecutan 0-100km/jam ialah 6.9 saat

Bagi pasaran Thailand, sistem keselamatan pasif bZ4x merangkumi 8 beg keselamatan udara termasuk 2 beg keselamatan antara pemandu dan penumpang depan, sistem brek ABS, EBD dan Brake Assist serta sistem kawalan kestabilan elektronik ESC.

Pasaran Thailand juga menerima sistem Toyota Safety Sense 3.0 yang merangkumi sistem pemanduan adaptif, sistem amaran titik buta, brek kecemasan automatik, Lane Departure Alert, Lane Keep Assist dan parkir automatik

Google ads
Back to top button