" "
Artikel Pilihan

UMW TOYOTA DEDAH PERINCIAN VELOZ, MULA TERIMA TEMPAHAN

Laman sesawang UMW Toyota Malaysia mulai mendedahkan beberapa perincian model MPV pengganti Toyota Avanza iaitu Toyota Veloz. Seperti yang anda sedia maklum, Veloz dan Alza merupakan model yang hampir sama namun dibezakan dengan beberapa ciri perincian tersendiri.

Antara ciri-ciri moden yang didedahkan oleh Toyota Veloz termasuklah:

1. Rekaan jeriji depan yang datang dengan corak tersendiri dan langsung tidak sama dengan Alza. Kami tidak pasti dengan ciri lampu depan Veloz samaada menggunakan Auto High Beam atau Adaptive Driving Beam. Veloz juga menerima sepasang lampu DRL di bampar depan

2. Dari bahagian sisi, Veloz menerima rim dengan rekaan yang tersendiri, bumbung dengan kemasan berwarna hitam dan sepasang roof rail. Tapi Toyota tidak menyatakan kemampuan beban yang mampu ditanggung oleh roof rail ini. Hanya warna biru dan sahaja menerima kemasan bumbung berwarna hitam

3. Dari sisi belakang, Veloz dipadankan dengan kemasan bampar ala-ala diffuser, sepasang lampu reflektor di bampar dan lampu nyalaan waktu malam merentangi pintu ruang kargo. Jika kusyen barisan ketiga dilipat, ia menyediakan ruang sebesar 498 liter

4. Untuk ciri keselamatan, Veloz datang dengan ciri Pre-Collision System, Sistem Pemanduan Adaptif, Vehicle Telematics System, brek parkir elektrik dengan ciri Auto Hold.

5. Veloz juga menerima ciri moden terkini seperti pengecaj tanpa wayar, 2 poin pengecas USB di bahagian belakang, meter digital LED moden seperti yang digunakan oleh Ativa, serta sistem multimedia 9 inci dengan ciri Apple Car Play dan Android Auto

6. Baru-baru ini juga UMW Toyota turut mendedahkan rekaan depan Veloz secara terang-terangan dimana anda boleh melihat kemasan skid plate, kemasan krom di bampar dan jeriji depan serta lampu kabin nyalaan malam dipasang di bahagian perumah tombol gear serta pemegang pintu

7. Terdapat 5 pilihan warna yang ditawarkan iaitu perak/hitam, biru hitam, merah, putih dan hitam. Veloz ditawarkan dengan jaminan pengeluar selama 5 tahun tanpa mengira jarak perbatuan dengan harga RM 95,000

Berdasarkan pengalaman kami, Veloz akan dibezakan dengan beberapa ciri tambahan aestatik yang lebih mewah baik dari sudut luaran ataupun dalaman. Veloz juga kemungkinan akan dipasang dengan bahan kedap bunyi yang lebih baik berbanding dengan Alza.

Google ads
Back to top button