" "
Buletin

TRAK PIKAP DODGE RAM TARIK LORI BALAK SEBERAT 67 TAN. JAHANAM DRIVELINE BOSSKU

Trak pikap Dodge Ram menjadi hero apabila dilihat berjaya menarik sebuah lori yang sarat dengan muatan balak di satu persimpangan jalan di Williams Lake, British Columbia, Kanada. 

Klip video berdurasi 30 saat tersebut yang dikongsi oleh YouTuber ViralHog menunjukkan lori balak itu rosak. Jika tidak dialih, ia boleh menyebabkan kesasakan yang serius. 

Apa yang lebih mengejutkan, lori balak itu bukan sekadar sarat dengan kayu balak, malah disambung dengan trailer yang dianggarkan semuanya seberat 67 tan.

Selepas diteliti, trak pikap itu ialah Dodge Ram generasi ketiga yang dihasilkan bermula tahun 2002 hingga 2008. Melihat kepada gril dan cermin sisi, ia mungkin model 2500 atau 3500. Walaupun menerima sedikit pengubahsuaian dan dipasang dengan tayar tebal, menarik lori balak itu nyata bukanlah satu tugas mudah. 

Sebab itulah anda boleh melihat asasp putih sebaik sahaja trak pikap berkenaan mahu mula bergerak. Sebaik sahaja lori balak berkenaan mula bergerak, asap kelihatan semakin banyak. Ramai yang mengagak Dodge Ram tersebut menggunakan enjin 5.7 liter Hemi V8 yang mampu menjana kuasa 345hp dan tork 508Nm. 

Harap-harap, asap itu datang dari tayar belakang dan bukannya dari driveline yang merangkumi gandar, driveshaft, transmisi, differential dan sebagainya. Pemilik lori balak itu juga sepatutnya memberikan tip yang tinggi kepada pemandu Dodge berkenaan, kerana kalau kena baiki, pasti tidak murah. 

Google ads
Back to top button