Buletin

HARGA BATERI MUSTANG MACH-E BOLEH BELI TRAK PIKAP MAVERICK BAHARU

Sejak 2010, harga pek bateri lithium-ion telah menurun sebanyak 89 peratus.

Begitupun, ia masih kekal sebagai komponen paling mahal dalam kenderaan elektrik (EV).

Ia terbukti apabila pengguna Reddit mendapati pemasangan bateri Ford Mustang Mach-E lebih tinggi berbanding trak pikap Ford Maverick baharu.

Biarpun, harga adalah berbeza mengikut pek dan wakil jualan, Lakeland Ford menyenaraikan bateri ganti baharu bagi model standard Mustang Mach-E dijual pada harga AS$18,514.13 (RM77,468).

Ia boleh mencapai sehingga AS$23,684.94 (RM99,105) lebih mahal AS$2,158.94 (RM9,029) berbanding model asas Maverick. 

Harga berkenaan tidak termasuk caj penghantaran malah berat bateri mencecah 485 kg sudah pasti akan menelan belanja lebih banyak. –carscoops/carbuzz

Google ads
Back to top button