Buletin

TESLA CATAT KADAR KEMALANGAN TERTINGGI BERBANDING PEMANDU MABUK

Kos tinggi untuk membaiki kenderaan Tesla mungkin bukan satu-satunya sebab pemilik membayar insurans premium yang tinggi.

Menurut kajian terbaru oleh penyedia insurans LendingTree, pemandu Tesla mempunyai penglibatan per kapita tertinggi dalam kemalangan di Amerika antara November 2022 dan November 2023.

Kajian itu meneliti data daripada berpuluh juta sebut harga insurans dan mendedahkan bahawa Tesla terlibat dalam 23.54 kemalangan bagi setiap 1,000 pemandu.

Ini menandakan pembuat kereta itu dengan kadar kemalangan tertinggi, diikuti oleh RAM (22.76) dan Subaru (20.90).

Sebaliknya, jenama yang pemandunya terlibat dalam kemalangan paling sedikit semuanya telah dihentikan iaitu Pontiac (8.41), Mercury (8.96), dan Saturn (9.13).

Sementara itu, Chrysler (11.07), Cadillac (11.13), dan Lincoln (11.69) adalah jenama sedia ada yang kenderaannya dipandu paling berhati-hati.

“Kadar kemalangan kenderaan hanyalah salah satu faktor yang dilihat oleh syarikat insurans untuk menentukan betapa berisikonya model tertentu untuk diinsuranskan,” kata pakar insurans LendingTree, Rob Bhatt.

Bagi jenama RAM, ia mempunyai rekod 32.9 insiden termasuk kemalangan, memandu lebih had laju, pengaruh alkohol atau dadah dan kesalahan lalu lintas lain bagi setiap 1,000 pemandu.

Untuk rekod, jenama RAM menduduki tempat lima teratas dalam kesemua empat kategori insiden.

RAM mendahului dalam kes memandu laju bagi setiap 1,000 pemandu (4.42).

Selain itu, RAM mempunyai bilangan DUI kedua tertinggi (1.72), dan, tidak mengejutkan, bilangan kemalangan kedua tertinggi (22.76).

Jenama dengan kadar DUI tertinggi di kalangan pemandunya ialah BMW, di mana kadarnya adalah 3.13 bagi setiap 1,000 pemandu, hampir dua kali ganda kadar RAM (1.72).

Menariknya, pemandu Tesla mempunyai rekod baik dari segi DUI, dengan kadar 1.02 setiap 1,000 pemandu, meletakkan Tesla di kedudukan ke-20 dalam senarai.

Masih tidak jelas apa sebenarnya yang menyumbang kepada kadar kemalangan tinggi pembuat kereta itu, tetapi kuasa tinggi dan faktor lain mungkin boleh diambil kira.

Google ads
Back to top button