
BMW M DIVISION GUGURKAN PILIHAN TRANSMISI DCT, MANUAL KEKAL LAGI 7 TAHUN
BM M Division yang bertanggungjawab membawa jenama BMW ke persada dunia dalam arena jentera prestasi tinggi mempunyai pandangan tersendiri berkenaan transmisi yang sesuai bagi produk BMW. Mereka mendapati transmisi automatik dengan sistem torque converter sudah cukup untuk menerima kuasa daripada enjin BMW M Division
Menurut Dirk Hacker, Head of Development BMW M menerusi satu wawancara dengan Top Gear menyatakan zaman transmisi DCT sudah berlalu dan pada hari ini BMW M hanya akan menggunakan transmisi automatik, manual ataupun elektrik sahaja. Malah menerusi pemerhatian dan data, transmisi automatik menukar gear lebih pantas dan ia turut digunakan pada jentera perlumbaan BMW M4 GTR
Namun pandangan Dirk hanya terpakai untuk M Division sahaja dan bukannya kenyataan rasmi BMW. Produk BMW yang lain mungkin akan terus menggunakan transmisi DCT sebagai pilihan. Dirk juga berpendapat yang transmisi manual juga semakin kurang peminat dan menjangkakan yang hayat transmisi manual sekitar 6-7 tahun saja lagi.
Kenyataan Dirk adalah selaras dengan kenyataan Bos BMW M iaitu Frank van Meel yang menyatakan transmisi manual setakat ini hanya terhad untuk model M2, M3 dan M4 sahaja. BMW tetap akan menawarkan model di atas dengan transmisi manual sehingga akhir dekad 2020an
Pada tahun lepas Toyota telah menawarkan transmisi manual bagi model Supra dimana transmisi tersebut dihasilkan dengan menggunakan parts bin BMW. BMW juga dikatakan bercadang untuk menawarkan transmisi manual bagi model BMW Z4 M40i milik mereka dengan rekaan yang hampir sama

