
BMW M2 TURBO DESIGN EDITION, PENGHORMATAN KEPADA LEGENDA 2002 TURBO
BMW memperkenalkan model edisi khas terhad, iaitu BMW M2 Turbo Design Edition 2026 di Amerika Syarikat.
Model ini dibuat sebagai penghormatan kepada model klasik legenda BMW 2002 turbo dari tahun 1974 hingga 1975.
Lima dekad lalu, Siri 02 menjadi watak penting BMW sebagai pengeluar yang menawarkan kereta berprestasi dan praktikaliti harian.
1973: Kelahiran Legenda
Pada Pameran Auto Frankfurt 1973, BMW memperkenalkan 2002 turbo. Berdasarkan model 2002 tii, ia adalah kenderaan pengeluaran Eropah pertama yang dikuasakan enjin pengecas turbo.
Pengecas turbo KKK tunggal meningkatkan enjin 4-silinder 2.0 liter dari 130 hp kepada 170 hp, dan mampu memecut ke 60 mph (96 km/j) kurang daripada 7 saat, pencapaian yang sangat hebat pada masa itu.
2002 turbo dibezakan dengan fender kembang untuk tayar lebih lebar, spoiler belakang hitam, jalur BMW Motorsport di sepanjang badan, lencana turbo di belakang dan pengempang udara (air dam) hadapan yang besar.
Pengempang udara itu boleh dipasang secara pilihan dengan grafik 2002 turbo yang ditulis secara terbalik supaya mudah dibaca di cermin pandangan belakang.
Imej Warisan Klasik
Edisi khas ini tampil eksklusif dalam warna Alpine White yang menyerlah, dihiasi dengan jalur BMW Motorsport buatan tangan (hand-painted graphics) yang diinspirasikan oleh BMW 2002 turbo.
Ciri utama luaran termasuk jalur BMW Motorsport di sekeliling hud dan penutup bonet.
Bahagian atas power dome hud diwarnakan hitam dengan tulisan turbo terbalik. Sambungan visual jalur tiga warna ini turut diteruskan pada panel bumbung Gentian Karbon M (M Carbon) standard.
Spoilier belakang gentian karbon dari BMW M Performance yang dipasang pada bonet, serta lencana turbo unik di bahagian belakang, melengkapkan penampilan klasik.
Model ini didatangkan standard dengan rim M dua jejari Gaya 930M bersaiz 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang dalam warna Hitam.
Pelanggan mempunyai pilihan untuk menaik taraf kepada rim M Performance Style1000M dalam kemasan Matte Gold Bronze.
Dalaman Pemandu Sejati
Apabila pintu dibuka, pemandu dan penumpang akan disambut dengan plat ambang unik yang terukir tulisan M2 turbo.
Kerusi sport M standard dibaluti Kulit Vernasca Hitam dengan riasan Warna M (M Color Highlight). Kerusi bucket Gentian Karbon M dalam kemasan Hitam dengan riasan Warna M ditawarkan sebagai pilihan.
Plat yang tertera tulisan turbo di atas latar belakang jalur M diletakkan di hadapan tuil penukar gear.
Pemandu berkomunikasi dengan stereng M Alcantara dan fungsi pemanas yang dipasang secara standard.
Peralatan standard lain termasuk Lampu LED Penuh Adaptif dengan kemasan M Shadowline dan Lampu Tinggi Automatik, kemasan dalaman Gentian Karbon, Live Cockpit Professional, Papar Pandu dan pengecas tanpa wayar.
Kuasa Turbo Abad ke-21
BMW M2 Turbo Design Edition 2026 dijana enjin 6-silinder M TwinPower Turbo 3.0 liter yang menghasilkan kuasa 473 hp pada 6,250 rpm dan tork 550 Nm pada julat 2,650 hingga 6,130 rpm.
Enjin ini membolehkan M2 memecut dari 0 hingga 60 mph (0-96 km/j) dalam masa hanya 4.1 saat.
Kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j secara elektronik, tetapi boleh ditingkatkan kepada 285 km/j dengan spesifikasi M Driver’s Package.
BMW M2 Turbo Design Edition 2026 ditawarkan secara eksklusif dengan transmisi manual 6-kelajuan.
Harga dan Pengeluaran
BMW M2 Turbo Design Edition 2026 akan dikeluarkan dalam bilangan yang sangat terhad.
Ia ditawarkan pada harga MSRP $82,900 (RM350,147.01) ditambah $1,175 (RM4,965.48) untuk destinasi dan pengendalian.
Pengeluaran dijadualkan bermula pada Suku Tahun Pertama (Q1) 2026, iaitu pada Januari 2026 dan penghantaran dijangka bermula pada awal Suku Tahun Kedua (Q2) 2026.
Spesifikasi BMW M2 Turbo Design Edition 2026
Peralatan Standard
- Warna Alpine White dengan grafik diinspirasikan 2002 turbo yang dilukis dengan tangan
- Panel bumbung gentian karbon M dengan jalur M bersepadu
- Spoiler belakang gentian karbon M Performance
- Transmisi manual 6-kelajuan
- Lampu M Shadowline
- Pakej Pencahayaan: Lampu LED Penuh Adaptif dan Lampu Tinggi Automatik
- Kemasan dalaman gentian karbon
- Stereng M Alcantara dengan pemanas
- Pengecas peranti tanpa wayar
- Kokpit Langsung Profesional (Live Cockpit Professional) dengan Paparan Head-Up
- Kerusi Sport M dalam Kulit Vernasca Hitam dengan riasan Warna M
- Rim M dua jejari Style 930M 19-inci / 20-inci warna Hitam
Peralatan Pilihan (Harga)
- Rim M Performance Gaya 1000M 19-inci / 20-inci Matte Gold Bronze – $6,266 (
- Kerusi bucket Gentian Karbon M dalam Kulit Vernasca Hitam dengan riasan Warna M – $4,500 (
- Pakej Pemandu M (M Driver’s Package) – $2,500 (
Badan, Casis, dan Enjin
- Bilangan Pintu / Tempat Duduk: 2 / 4
- Dimensi (Panjang / Lebar / Tinggi): 180.3 / 74.3 / 55.2 inci
- Jarak Roda (Wheelbase): 108.1 inci
- Jejak Roda (Track), hadapan / belakang: 63.7 / 63.2 inci
- Kelegaan Tanah (Ground Clearance): 4.8 inci
- Bulatan Pusingan (Turning Circle): 39.0 kaki
- Kapasiti Tangki Bahan Api: 51.9 liter
- Berat Curb (Curb Weight): 1,730 kg
- Kapasiti Bagasi: 391 liter
- Kapasiti Enjin: 2,993 cc
- Nisbah Mampatan: 9.3:1
- Output Maksimum: 473 hp @ 6,250 rpm
- Tork Maksimum: 550 Nm @ 2,650-6,130 rpm
- Jenis Transmisi: Manual 6-kelajuan
- Sistem Stereng: Electric Power Steering (EPS) dengan M Servotronic
- Nisbah Stereng Keseluruhan: 15.0:1
- Tayar, hadapan / belakang (Standard): 275/35 R19 / 285/30 R20
Prestasi
- Pecutan 0-60 bsj: 4.1 saat (0-96 km/j)
- Kelajuan Tertinggi (dengan Pakej Pemandu M): 250 bsj (285) km/j

















































