
BMW MALAYSIA UMUM HARGA RASMI UNTUK BMW X3, 320i DAN R 1300 RT SERBA BAHARU
BMW Group Malaysia secara rasmi mengumumkan harga bagi tiga model terbaharu yang ditampilkan di pameran MY BMW World 2025 baru-baru ini iaitu BMW X3 20 xDrive M Sport, BMW 320i Sport dan motosikal BMW R 1300 RT.
Ketiga-tiga model kini boleh didapati di semua pengedar sah BMW dan BMW Motorrad di seluruh negara.
BMW X3 20 xDrive M Sport Baharu tampil dengan rekaan lebih berani, mengekalkan keseimbangan antara keselesaan dan kepraktisan harian. Ia kini ditawarkan pada harga bermula RM320,800 atau RM348,700 dengan pakej servis dan jaminan lanjutan.
Sementara itu, BMW 320i Sport Baharu, sebahagian daripada kemas kini barisan 3 Series sempena ulang tahun ke-50 model ikonik ini, membawa elemen elegan dan sofistikated untuk gaya pemanduan korporat moden. Harga bermula RM265,800 atau RM292,200 dengan pakej penuh servis dan jaminan.

Bagi peminat dua roda pula, BMW R 1300 RT Serba Baharu kini ditawarkan dari harga RM165,500 untuk warna Alpine White, hingga RM178,500 bagi edisi terhad Impulse Limited Edition.
Model ini menggabungkan prestasi dinamik dengan teknologi pintar dan keselesaan tinggi, menjadikannya motosikal touring unggul untuk jarak jauh.
Selain itu, BMW turut memperkenalkan inisiatif Relax. We Care., satu pendekatan menyeluruh terhadap pengalaman pemilikan premium yang merangkumi servis pintar BMW Proactive Care, jaminan menyeluruh BMW Service & Repair Inclusive, serta integrasi digital menerusi BMW ConnectedDrive.

Bagi pelanggan yang ingin memiliki BMW melalui program pembiayaan, Pelan Easy Drive dan Straight Line ditawarkan dengan ansuran bulanan serendah RM3,110 untuk BMW 320i dan RM3,610 untuk BMW X3, termasuk rebat tunai, perlindungan insurans BMW Protection+, serta kereta gantian percuma.
Untuk BMW R 1300 RT, pembiayaan bermula dari RM2,308 sebulan, menjadikannya pilihan menarik bagi penunggang yang mencari keupayaan jarak jauh dan ciri premium dalam satu pakej komprehensif.
Untuk maklumat lanjut mengenai BMW X3 20 xDrive M Sport Baharu dan BMW 320i Sport Baharu, sila hubungi pengedar sah BMW terpilih atau melayari laman web BMW Malaysia.
Bagi BMW R 1300 RT Serba Baharu, sila hubungi pengedar motosikal sah BMW pilihan atau layari laman web BMW Motorrad Malaysia.
- BACA: PROTON DAN GRAB MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA, SOKONG PEMANDU E-HAILING DENGAN TAWARAN BAHARU
- BACA: AKSI PENUH GAYA SUPER GT WARNAI PUSINGAN KEDUA VIOS CHALLENGE DI SEPANG
- BACA: SUV ELEKTRIK XIAOMI YU7 DILANCARKAN DI CHINA – JARAK GERAK HINGGA 835KM, HARGA SEKITAR RM165K
- BACA: RASMI: PUSAT PAMERAN 4S KAWASAKI SERDANG KINI DIBUKA








