Buletin

BMW GROUP MALAYSIA DAN TIAN SIANG PREMIUM AUTO LANCAR 2 BMW i CHARGING DI THE DATAI LANGKAWI

BMW Group Malaysia, bersama Tian Siang Premium Auto baru-baru ini melancarkan dua kemudahan BMW i Charging baharu di The Datai Langkawi. Ia sekali gus meluaskan lagi infrastruktur pengecasan EV di pulau tersebut.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia memberitahu pihaknya komited untuk menawarkan pengalaman pemilikan kereta elektrik premium kepada semua pemilik EV di Malaysia 

“Dengan dua fasiliti BMW i Charging baharu yang diperkenalkan pada hari ini, kami kini mempunyai 12 fasiliti pengecasan premium di wilayah utara Malaysia. Seterusnya meluaskan lagi akses ke atas mobiliti elektro di lokasi-lokasi utama luar Lembah Klang. 

“Langkah ini memberikan kami keyakinan bahawa permintaan ke atas EV di wilayah ini akan terus meningkat. Kami akan menawarkan pengalaman ‘Sheer Electric Driving Pleasure’ seperti yang dijanjikan buat para pelanggan,” jelas Pengarah Urusan Tian Siang Premium Auto, Tan Ka Kin. 

“Penyediaan stesen BMW i Charging merupakan salah satu daripada pelbagai usaha bagi membolehkan kita semua menikmati udara lebih bersih serta sistem pengangkutan yang lestari.

“Ia juga mengetengahkan komitmen kami untuk melindungi kekayaan biodiversiti Langkawi demi generasi akan datang,” kata Pengurus Besar The Datai Langkawi, Arnaud Girodon. 

Untuk menggiatkan lagi penggunaan mobiliti elektro di Langkawi, para tetamu The Datai Langkawi dipelawa untuk merasai sendiri BMW iX menerusi peluang memandu uji yang disediakan untuk tempoh terhad. Kedua-dua fasiliti BMW i Charging terletak berhampiran pintu masuk resort yang mudah diakses oleh tetamu.

GALERI

Google ads
Back to top button