Motosikal

RASMI: PUSAT PAMERAN 4S KAWASAKI SERDANG KINI DIBUKA

Peminat motosikal Kawasaki kini disajikan dengan tawaran terbaru menerusi pembukaan pusat pameran 4S Kawasaki Serdang.

Perasmian pusat pameran 4S Kawasaki Serdang itu dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan.

Selaku pusat pameran berstatus 4S, peminat dan pemilik motosikal Kawasaki kini disajikan dengan jualan, servis, alat ganti dan pusat pameran serba lengkap yang menawarkan kesemua model Kawasaki.

Bertempat di Serdang, pusat pameran Kawasaki terbaru itu merupakan yang terbesar di Malaysia dan dibangunkan dengan satu tujuan, menawarkan komuniti motosikal Kawasaki dengan pelbagai tawaran dibawah satu bumbung.

Menariknya, selain pengunjung disajikan dengan model Kawasaki yang pelbagai, Kawasaki Serdang juga menawarkan pelbagai aksesori terutamanya riding gear pelbagai jenama dari yang mampu milik sehingga ke premium. Tawaran tersebut boleh diakses di tingkat atas.

Google ads
Back to top button