BuletinMotosikal

BMW MOTORRAD LANCAR GS750, 1250RT, C400X & C400GT. BERMULA RM44K SAHAJA!

Pengeluar motosikal premium BMW hari ini memperkukuhkan portfolio produk bagi segmen motorsikal dan skuter urban mereka menerusi pelancaran BMW F 750 GS, BMW R 1250 RT, BMW C 400 X dan BMW C 400 GT yang terbaharu.

Owen Riley, Ketua Unit BMW Motorrad Malaysia berkata, “Sejak lebih dari 35 tahun, model GS dan RT telah melambangkan tunggangan premium bagi motosikal jelajah, mahupun perjalanan santai yang pendek.

“Rangkaian jentera Mobiliti Urban daripada BMW secara alternatifnya dibangunkan sebagai solusi masa hadapan sempurna untuk urban .

“Dengan pengenalan empat model baharu tersebut, perluasan portfolio kami tidak mengecualikan sesiapapun kerana ia melengkapi keperluan gaya hidup individu yang mendahagakan pengembaraan dan kemodenan.”

BMW C 400 X

BMW C 400 X terbaharu merupakan sebuah skuter bersaiz sederhana yang dapat mengharungi cabaran mobiliti di kawasan bandar dengan mudah. Reka bentuknya bercirikan ringan dan mudah dikendalikan.

Komponen trim berbentuk V memberikannya keterampilan serba dinamik apabila dilihat dari seksyen hadapan – sebuah siluet yang menonjolkan kehebatan BMW C 400 X dalam laluan yang sempit dan kesesakan lalu lintas yang padat.

BMW C 400 GT

BMW C 400 GT baharu pula merupakan pencetus segmen skuter ‘maxi’. Sebagai varian Gran Turismo bagi BMW C 400 X, skuter bersaiz sederhana ini dipersiapkan untuk keselesaan dan keupayaan penjelajahan

Samada anda menyusuri pusat bandar, menuju ke tempat kerja, atau bersiar pada hujung minggu – BMW C 400 GT merupakan pasangan sempurna yang dapat melengkapi perjalanan anda yang mengujakan: bukan secara bersendirian sahaja, malah turut bersama penumpang.

Juga didatangkan dengan teknologi pencahayaan LED, BMW C 400 GT terbaharu dapat dicam dengan mudah menerusi reka bentuk lampu hadapan LED berkembar yang bercirikan aerodinamik.

Kedua-dua model skuter ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 350cc digabungkan dengan Transmisi CVT dan Kawalan Stabiliti Automatik (Automatic Stability Control).

Enjin ini menjana 34 hp (25 kW) pada tahap 7,500 rpm dan tork 35 Nm pada 6,000 rpm.

BMW R 1250 RT

Enjin boxer BMW R 1250 RT ini menjana kuasa (36 hp)dan tork 143 Nm hasil daripada peningkatan kapasiti dari 1,170 cc ke 1,254 cc.

Penambahbaikan dan pemanduan lancar yang optimum juga diterapkan secara signifikan – terutamanya dalam julat kelajuan enjin yang rendah. Enjin baharu ini juga menawarkan tahap emisi serta penggunaan bahan bakar yang lebih baik dan profil bunyi yang lebih memuaskan.

‘BMW ShiftCam Technology’ telah digunakan buat pertama kali dalam produksi bersiri bagi enjin BMW Motorrad: ia membolehkan variasi bagi pemasaan injap serta lejang injap dibuat menerusi bahagian salur masuk.

BMW F 750 GS

Elemen reka bentuk BMW F 750 GS jelas memiliki DNA jentera GS. Dari sudut hadapan, lampu hadapan versi terkini kelihatan terserlah – ikon pencahayaan yang sebenar.

Ia dilengkapi enjin sebaris 2 silinder 853 cc dengan output kuasa 77 kuasa luda pada 7,500 rpm.

Mod tunggangan bagi BMW F 750 GS terbaharu meliputi mod ‘Jalan Raya’ (Road) dan ‘Hujan’ (Rain). Dalam mod ‘Hujan’, maklum balas pendikit dikonfigurasikan untuk menjadi lebih halus sementara ciri-ciri kawalan bagi Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) atau Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) dan Sistem Pembrekan Automatik (ABS)berfungsi berpandukan permukaan jalan raya yang licin.

Ia juga dilengkapi dengan kluster instrumen yang terkini dengan keupayaan keterhubungan (Connectivity), dan terdiri daripada skrin TFT 6.5 inci berwarna.

BMW F 750 GS terbaharu ditawarkan menerusi kemasan warna berikut – kuning metalik (Austin Yellow Metallic), kelabu metalik (Style Exclusive Stereo Metallic Matt), atau putih (Light White).

Harga jualan (di atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) motosikal BMW Motorrad dinamik yang terbaharu ialah:

  • BMW C 400 X :           RM 44,500.00
  • BMW C 400 GT :           RM 48,500.00
  • BMW F 750 GS :           RM 71,500.00
  • BMW R 1250 RT :           RM 139,500.00
Google ads
Back to top button