Buletin

ULAR SAWA ‘PORT’ DALAM BUT KERETA LAA PULA

Seorang pekerja bengkel terkejut apabila ternampak seekor ular sawa di bahagian but hadapan kereta dalam kejadian di Kampung Batu 25, Pekan Nenas, Johor Bahru, Johor.

Kehadiran reptilia sepanjang enam meter itu disedari pekerja bengkel berkenaan setelah ternampak ekor haiwan itu ketika sedang menutup premis kira-kira pada pukul 10 malam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Zamani Md. Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara tersebut.

Katanya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seekor ular sawa sepanjang enam meter berada di dalam but depan bahagian enjin kereta di kawasan bangkel kereta.

“PKO bertindak menangkap ular tersebut menggunakan seunit penjerut dan melepaskan jauh dari kawasan penempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamani berkata, operasi ditamatkan pada kira-kira 10.42 malam.-K! ONLINE

Google ads
Back to top button