PINDAH KE TESLA, KESATUAN SEKERJA MERCEDES ANGGAP KETUA KILANG ENJIN SEBAGAI PEMBELOT
“Ketua kilang enjin Mercedes-Benz telah belot dengan menyertai Tesla,” kata Kesatuan Sekerja Jerman, IG Metall, sekali gus menyeru ahli-ahlinya untuk melakukan protes ke atas perkembangan terbaharu itu.
IG Metall enggan mendedahkn nama ketua kilang tersebut yang dikendalikan oleh Rene Reif. Dia merupakan eksekutif kilang paling berpengalaman di Mercedes-Benz yang membantu meingkatkan kapasiti pengeluaran untuk Daimler di China.
Reif sebelum ini merupakan ketua jurutera dan pengilangan di Beijing Benz Automotive yang berupaya menghasilkan 480,000 unit kenderaan termasuk model elektrik EQC pada tahun lalu. Rabu lalu, Reif, 57, akan bersara awal menjelang hujung tahun ini.
Tesla enggan memberi komen sama ada ia telah melantik pengurus untuk Gigafactory yang sedang dibina di pinggir bandar Berlin.
Kesatuan-kesatuan sekerja di Jerman kini mengecam tindakan pengeluar kenderaan tradisional yang memotong pelaburan ke atas teknologi pembakaran dalaman ketika kerajaan semakin mengetatkan piawaian emisi. Keadaan pasaran kemudian diburukkan lagi dengan penularan wabak COVID-19.
IG Metall menyatakan ia akan mengadakan protes di hadapan kilang Mercedes dan menuntut Daimler untuk mengemukakan penyelesaian yang dapat membantu menjamin masa depan kilangnya.
Kesatuan itu mendakwa para pengurus Daimler telah menggariskan pelan-pelan penjimatan dan kesatuan sekerja bimbang masa depan kilang Berlin dalam risiko.