
TESLA CYBERTRUCK BUATAN SENDIRI BERNILAI RM 1,409!!!
Model Tesla Cybertruck dijadual memulakan produksi pada penghujung tahun 2021. Ia menyebabkan segelintir peminat membikin sendiri jentera berkenaan dengan pelbagai varian.
Terbaharu, terdapat jelmaan Tesla Cybertruck yang dimodifikasi berdasarkan Toyota Vitz 2000 di New Zealand dengan nilai harga hanya AS$314 (RM1,409) sahaja!
Jentera disenaraikan dalam laman Trade Me ini memiliki perbatuan sejauh 165,318 km dan pernah bertukar tangan sebanyak lima pemilik.

Menurut penjual kenderaan itu, setiap panel badan dibaluti besi dan dimuatkan bar lampu LED serta karakter garisan rekaan Cybertruck.
Dia mendakwa Cybertruck replika tersebut didatangkan dengan pacuan empat roda dan tayar lasak yang boleh digunakan pada permukaan berlumpur.

Tidak seperti Tesla Cybertruck asli, ia mendapat khidmat motor berkembar tetapi Cybertruck palsu ini dijangka masih mengekalkan penggunaan enjin 1.3 liter.
Dalam komen ruangan iklan replika Cybertruck itu, terdapat pengguna yang bergurau sama ada ia sesuai digunakan oleh neneknya berusia 84 tahun.
Kalau anda bukan seorang yang penyabar dan teringin sangat memiliki Tesla Cybertruck, apa kata beli jentera buatan sendiri ini pada harga AS$314 (RM1,409) – carscoops.