
PEMANDU KART BALING BAMPAR PADA PESAING. BURUK SANGAT PERANGAI!!!
Adegan pelik berlaku dalam perlumbaan FIA World Karting Championship di Litar Karting Garda Selatan, Lonato Itali pada Ahad lalu.
Seorang pemandu Luca Corberi melemparkan bampar pada pesaing dalam melepaskan kemarahan. Tindakan tersebut boleh mengundang bahaya kepada pemandu-pemandu lain.
Nine.com Wide of Sports melaporkan pemandu berasal dari Itali, Corberi terbabas sehingga mengakibatkan dia naik angin.
Dalam rakaman video, pemandu tersebut didapati mencabut bampar dan berjalan di tepi litar sementara menunggu pemandu lain melalui laluan berkenaan.
Dia telah melemparkan bampar tersebut pada Paolo Ippolito yang bertanding bagi pasukan CRG.
Begitupun, lemparan Corberi tersasar tetapi terkena pemandu lain yang berada di belakang Ippolito.
Menurut laporan media, Corberi menganggap Ippolito bertanggungjawab terhadap kartnya terbabas sehingga terkeluar dari perlumbaan.
Difahamkan litar berkenaan dimiliki keluarga Corberi. Insiden berkenaan tidak terhenti di situ sahaja, selepas perlumbaan Corberi menyerang pula Ippolito di pit.

Ippolito ditumbuk dan ditendang sehingga dileraikan pemandu lain, pegawai perlumbaan dan pengawal keselamatan.
Pegawai perlumbaan masih tidak memberi maklum balas terhadap insiden berkenaan tetapi para peminat sukan dan pelumba profesional melalui media sosial bertegas pelumba itu digantung seumur hidup. – autoevolution.