Buletin

MODIFIKASI HONDA CLARITY JADI MASERATI. BETUL KE NI?

Model Honda Clarity bukanlah kenderaan paling menarik di pasaran. Justeru, seorang pemilik kenderaan ini berusaha memberi sentuhan agar ia kelihatan lebih mengancam.

Difahamkan, rakaman foto ini diambil di satu lokasi berdekatan Amerika Syarikat menunjukkan Honda Clarity ‘dibikin’ pemiliknya. Bagaimanapun, sukar mengetahui ia merupakan model hibrid plug-in, elektrik ataupun versi petrol.

Pemilik menampal logo Maserati di bahagian belakang kenderaan malah ia sama sekali tidak akan ‘memperpodohkan’ pengguna lain bahawa Clarity tersebut merupakan kereta Maserati.

Selain itu, bagi menampakkan ia lebih sporty dan ganas, pemilik kenderaan menggabungkan empat ekzos tiruan di bahagian belakang.

Bukan sahaja ia nampak pelik tetapi meletakkan empat ekszos di bahagian belakang boleh mengundang rasa kelakar pada pengguna jalan raya lain.

Tidak terhenti di situ, sentuhan warna merah ditambah di bahagian antena bagi melengkapkan modifikasi kereta ini.

Apa yang boleh dikatakan tentang modifikasi kereta ini adalah lebih baik dibiarkan pada rekaan asal Honda Clarity sahaja. –agensi.

Google ads
Back to top button