Artikel PilihanBuletin

SYARIKAT TAYAR JEPUN, BRIDGESTONE BERJAYA SELAMATKAN LAGENDA JAGUAR XJ220

Pernah dengar nama XJ220? Kalau tak pernah dengar memang korang ni bukan kaki kereta la. Kalau tak pun memang kurang main game ni.

Ni nak cerita pasal Jaguar XJ220, sebuah supercar ultra-limited keluaran British. Ia dihasilkan dari tahun 1992 hingga tahun 1994 dan dihasilkan menerusi kolaborasi Jaguar dan Tom Wilkinshaw Racing (TWR).

Jaguar XJ220 memegang rekod Rekod Guiness untuk kereta produksi terlaju di dunia dari tahun 1992 hingga 1993 dengan kelajuan 341.7 kilometer sejam.

BACA: JAGUAR LAND ROVER DIDAFTARKAN SETIAP 30 SAAT

Okey sambung balik cerita Bridgestone, sebuah syarikat tayar ternama yang sanggup melaburkan wang yang banyak untuk menghasilkan tayar demi untuk menyelamatkan supercar tercantik keluaran British ini. Namun menurut mereka usaha ini bukanlah untuk membuat duit tetapi lebih kepada menyelamatkan satu model lagenda yang cukup ‘rare’.

Jaguar menghentikan pengeluaran XJ220 selepas 271 unit berjaya dihasilkan pada tahun 1994. Mereka kemudiannya menjual semua perkara berkaitan supercar ini kepada Don Law Racing termasuklah segala peralatan, alat ganti dan juga cetak birunya (blueprint).

Sejak dari itu keluarga Law telah membangunkan segala aspek kereta ini lebih daripada yang dilakukan oleh Jaguar sendiri.

Bagaimanapun satu isu yang mula timbul ialah bagaimana cara untuk mendapatkan tayar kegunaan khusus untuk XJ220.

Ini kerana ia memerlukan tayar khusus untuknya dan memang tidak sama dengan tayar LingLong ataupun TingTong yang ada di pasaran kita sekarang.

Mereka telah mengunakan semua stok tayar keluaran Bridgestone keluaran awal 90-an dan kebanyakan XJ220 yang masih ada memang menggunakan tayar yang sudah tamat tempoh.

Sewaktu festival automotif Goodwood, isu ini dibangkitkan dalam perbualan dan menarik perhatian Bridgestone untuk kembali menghasilkan tayar untuk XJ220.

Projek ini kemudian telah menarik minat pasukan asal XJ220 seperti Andy Wallace, Alastair McQueen, John Nielsen dan jurutera Shinichi Watanabe. Mereka turut disertai ketua pemandu ujian Andrea Dauri dan semestinya ahli keluarga Law, Don dan Justin.

Dengan ketiadaan saiz tayar di pasaran yang mampu digunakan oleh kereta ini, syarikat tayar Jepun itu telah bersetuju untuk membuat kembali tayar versi lama XJ220 tetapi dengan teknologi terbaru. Bentuk bunganya bagaimanapun masih dikekalkan sama seperti tayar keluaran tahun 90-an untuk originaliti.

Kerja menghasilkan tayar baharu ini bukan senang kerana kesemua acuan asal sudah dilupuskan dan apa yang mereka ada cumalah dalam bentuk lakaran dan lukisan kejuruteraan.

Akhirnya dengan kepakaran Bridgestone, mereka berjaya menghasilkan tayar yang sungguh lebar dan lebih mantap untuk dilengkapkan pada XJ220 dan diuji pada kereta yang sama mengujinya pada tahun 1991 dahulu.

BACA: JAGUAR XE DILANCARKAN, RM340,000

Kereta yang digunakan ialah yang bernombor siri #004, satu daripada lima XJ220 yang dihasilkan dengan tangan dan merupakan model ujian Bridgestone pada tahun 1991.

Don Law telah membelinya dan menggunakannya untuk perlumbaan sekitar tahun 90-an. Kini ia direstorasi kembali untuk tujuan R&D tayar baharu ini bagi memastikan ia boleh dimuatkan pada kesemua XJ220 yang masih hidup di seluruh dunia.

Ucapan terima kasih dan pujian harus diberikan kepada Bridgestone dan pasukan asal XJ220 kerana berjaya menyelamatkan lagenda supercar ini dari terus tersadai akibat kepupusan tayar yang sesuai buatnya.

SUMBER ROADANDTRACK

Google ads
Back to top button