Buletin

SIME BEYOND AUTO RASMI PUSAT 1S BYD SRI PETALING, CAWANGAN KEENAM DI MALAYSIA

Sime Beyond Auto, anak syarikat di bawah Sime Motors, terus memperluaskan rangkaian pengedarannya apabila merasmikan pembukaan pusat 1S BYD Sri Petaling, sekali gus menjadikannya cawangan keenam syarikat itu di Malaysia.

Terletak di kawasan strategik Bukit Jalil–Sri Petaling, bilik pameran baharu tersebut dibuka bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik (EV), khususnya dalam kalangan penduduk bandar, golongan profesional dan keluarga muda yang mengutamakan mobiliti moden serta teknologi hijau.

Menariknya, cawangan itu bakal menampilkan konsep bilik pameran berinspirasikan sukan bermula Ogos ini, mengambil inspirasi daripada identiti Bukit Jalil yang terkenal sebagai hab sukan negara.

Ruang tersebut direka untuk menonjolkan elemen tenaga, prestasi dan gaya hidup aktif yang seiring dengan imej jenama BYD.

Selain ruang pameran, pusat itu turut menyediakan kawasan penyerahan kenderaan khas yang mampu memuatkan sehingga lima buah kenderaan pada satu masa, di samping ruang istirahat pelanggan yang lebih selesa dan moden.

Dalam pada itu, Sime Beyond Auto turut mencatat kejayaan membanggakan pada Persidangan Pengedar Kebangsaan BYD 2025 apabila merangkul beberapa pengiktirafan utama termasuk Juara Keseluruhan Malaysia menerusi cawangan BYD Mansion Macalister di Pulau Pinang serta anugerah Cawangan Pengedar Utama yang dimenangi BYD Ara Damansara.

Syarikat itu juga terus memperkukuh pengalaman pelanggan menerusi aplikasi mudah alih OneGo Sime Motors yang membolehkan pengguna membuat janji temu servis, mengakses maklumat kenderaan serta menikmati pelbagai manfaat eksklusif secara digital.

Kini, Sime Beyond Auto mengendalikan enam cawangan BYD di seluruh negara iaitu Ara Damansara, Kuala Lumpur @ TREC, Sri Petaling, Tebrau, Mid Valley Southkey dan Mansion Macalister Pulau Pinang.

Bersempena pembukaan rangkaian terbaharu itu, pelanggan yang membuat tempahan di mana-mana cawangan Sime Beyond Auto pada hujung minggu ini berpeluang menikmati pelbagai tawaran istimewa bagi model terpilih BYD serta menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik.

Selain itu, tempahan yang dibuat antara 1 Julai hingga 30 September 2026 turut melayakkan pelanggan menyertai cabutan hadiah utama berupa sebuah motosikal bernilai RM39,900.

Google ads
Back to top button