Buletin

PETRONAS SYNTIUM BAHARU TAWAR PERLINDUNGAN ENJIN LEBIH BAIK, JIMAT BAHAN API

PETRONAS Lubricants International (PLI) memperkenalkan generasi terbaharu minyak pelincir PETRONAS Syntium yang hadir dengan formulasi dipertingkatkan serta mematuhi piawaian terkini API SQ dan ILSAC GF-7.

Dibangunkan berdasarkan pengalaman teknologi sukan permotoran Formula Satu serta kepakaran Fluid Technology Solutions™, rangkaian baharu ini direka untuk memberikan perlindungan enjin yang lebih baik, meningkatkan kecekapan bahan api dan mengekalkan prestasi optimum dalam pelbagai keadaan pemanduan.

Berbeza dengan pendekatan satu produk untuk semua jenis kenderaan, PETRONAS menawarkan empat varian khusus yang disesuaikan mengikut keperluan pengguna dan jenis enjin.

Antara varian yang diperkenalkan ialah:

  • PETRONAS Syntium Supreme – Direka untuk kenderaan berprestasi tinggi dengan teknologi CoolTech+™ yang membantu mengurangkan kehausan enjin serta meningkatkan kecekapan bahan api sehingga 13 peratus.
  • PETRONAS Syntium Supreme GLV2 – Sesuai untuk enjin kenderaan Jepun dan mempunyai pensijilan JASO GLV-2, menawarkan peningkatan kecekapan bahan api sehingga 19 peratus serta kestabilan ricih yang lebih baik.
  • PETRONAS Syntium Prime – Memberi perlindungan enjin tahan lama untuk kegunaan harian menerusi teknologi Active Defense™, memastikan prestasi konsisten dalam pelbagai situasi pemanduan.
  • PETRONAS Syntium Hybrid – Dibangunkan khas untuk kenderaan hibrid dengan teknologi CoolTech-H™ yang melindungi enjin ketika operasi henti-mula yang kerap serta pada suhu operasi yang lebih rendah.

Rangkaian PETRONAS Syntium baharu kini mula dipasarkan di Malaysia, Jepun dan beberapa negara Eropah.

Pengedarannya akan diperluaskan ke pasaran utama Asia Pasifik sepanjang tahun ini, termasuk China, Indonesia dan Thailand, dengan sasaran tersedia di pusat servis PETRONAS AutoExpert serta rangkaian bengkel bertauliah menjelang penghujung 2026.

Google ads
Back to top button