Buletin

DENZA Z9GT DILANCARKAN 15 JULAI INI – JANA 1,156PS DAN JARAK GERAK SEHINGGA 701KM

Denza Malaysia akhirnya mengesahkan bahawa model Grand Tourer elektrik premium, DENZA Z9GT, akan dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan pada 15 Julai 2026.

Kehadiran Z9GT menjadikannya model ketiga jenama itu di Malaysia selepas MPV mewah D9 dan SUV plug-in hibrid B8.

Model ini dibangunkan berasaskan Platform e³, seni bina pintar terkini DENZA yang direka untuk meningkatkan prestasi, kecekapan serta keupayaan pengendalian kenderaan.

Dari sudut prestasi, Z9GT menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) tiga motor elektrik yang menghasilkan kuasa maksimum 1,156PS serta tork setinggi 1,210Nm. Hasilnya, pecutan 0-100 km/j dapat dicapai dalam masa hanya 2.7 saat.

Selain pantas, Z9GT turut menawarkan jarak perjalanan sehingga 701km mengikut kitaran NEDC, menjadikannya antara EV berprestasi tinggi dengan keupayaan perjalanan jauh dalam kelasnya.

Satu lagi kelebihan utama model ini ialah sistem stereng gandar belakang sehingga 15 darjah yang membolehkan jejari pusingan serendah 4.62 meter. Ciri ini membantu memudahkan pergerakan di kawasan bandar, ruang parkir sempit serta jalan yang sesak.

Turut tersedia ialah pelbagai teknologi bantuan pemanduan seperti Crab Mode, e³ Parking, Pencil Compass Turn dan Vehicle Motion Control (VMC) yang meningkatkan tahap kawalan serta ketangkasan ketika memandu.

Bagi memastikan keselesaan optimum, Z9GT dilengkapi sistem suspensi udara pintar DiSus-A yang mampu melaraskan tahap redaman dan kekerasan suspensi secara automatik mengikut keadaan jalan.

Spesifikasi Utama DENZA Z9GT:

  • Platform e³ generasi baharu
  • Sistem AWD tiga motor elektrik
  • Kuasa maksimum: 1,156PS
  • Tork maksimum: 1,210Nm
  • Pecutan 0-100 km/j: 2.7 saat
  • Jarak pemanduan: sehingga 701km (NEDC)
  • Stereng gandar belakang sehingga 15°
  • Jejari pusingan: 4.62 meter
  • Suspensi udara pintar DiSus-A
  • Bateri Blade BYD Generasi Kedua 2.0
  • Kapasiti bateri: 122.49kWh
  • Seni bina elektrik 1,000V
  • Pengecasan 10%-70% dalam 5 minit
  • Pengecasan 10%-97% dalam 9 minit
  • Ruang but belakang: 495 liter
  • Ruang simpanan hadapan (frunk): 53 liter

Bateri Blade Generasi Kedua BYD 2.0 yang digunakan turut menawarkan ketumpatan tenaga lebih tinggi berbanding generasi terdahulu selain mengekalkan tahap keselamatan yang menjadi identiti teknologi bateri BYD.

Dari segi reka bentuk, Z9GT menampilkan profil badan aerodinamik dengan identiti lampu LED khas termasuk lampu hadapan Dual Line dan lampu belakang Hourglass yang memberikan penampilan moden serta futuristik.

Kabin pula menampilkan penggunaan bahan premium seperti kulit asli dan kemasan kayu, selain dilengkapi pelbagai ciri mewah termasuk pintu elektrik dengan fungsi soft-close, tempat duduk hadapan dengan sokongan sisi aktif, sistem audio Devialet 20 pembesar suara, peti sejuk terbina dalam serta pengecas tanpa wayar 50W untuk penumpang hadapan dan belakang.

Aspek digital turut diberi perhatian menerusi penggunaan cip pemproses 3nm yang menggerakkan sistem infotainmen berasaskan Google Built-In bagi memastikan operasi lebih pantas dan pengalaman sambungan yang lebih lancar.

Ciri-ciri menarik lain:

  • Pemanas, pengudaraan dan fungsi urutan untuk empat tempat duduk utama
  • Kawalan iklim automatik empat zon
  • Dynamic Bolster System untuk tempat duduk pemandu
  • Kluster instrumen digital 13.2-inci (2.5K)
  • Skrin infotainmen tengah 17.3-inci
  • Skrin penumpang hadapan 13.2-inci (2.5K)
  • Paparan AR-HUD 50-inci
  • Cermin pandang belakang digital 9.1-inci
  • Skrin kawalan belakang 6-inci
  • Sistem audio Devialet 20 pembesar suara
  • Pencahayaan ambien pelbagai warna (multi-colour ambient lighting)

Selepas pelancaran rasmi pada 15 Julai ini, orang ramai berpeluang melihat dan memandu uji DENZA Z9GT di semua bilik pameran DENZA Premium seluruh negara bermula 16 Julai 2026.

Pada masa sama, BYD Malaysia turut merancang memperkenalkan rangkaian pengecasan pantas BYD Flash Charging secara berperingkat di bilik pameran DENZA terpilih bagi menyokong kehadiran model tersebut.

Google ads
Back to top button