Buletin

KAWASAKI Z400RS 4-SILINDER DALAM PEMBANGUNAN?

Kawasaki didakwa bakal memperkenalkan motosikal gaya retro 400cc 4-silinder berdasarkan laporan yang diterbitkan di Jepun.

Young-Machine dalam satu laporan terkini mendakwa Kawasaki bakal memperkenalkan jentera retro 400c 4-silinder tidak lama lagi. 

Model yang dimaksudkan itu merujuk kepada Z400RS yang dikuasakan enjin 400cc yang sama terdapat pada Ninja ZX-4R bukannya Ninja 400. 

Ini bermakna, Kawasaki akan menghasilkan Z400RS dengan deruman enjin 4-silinder yang sama terdapat pada ZX-4R. Untuk rekod, siri Z oleh Kawasaki ketika ini telah pun dibarisi Z900RS dan Z650RS.

Jika benar (laporan Young-Machine tidak pernah silap), maka Z400RS itu akan berada dalam kelas yang tersendiri dan menawarkan 76hp dan 37.6Nm. 

Menariknya, Z400RS itu juga secara tak langsung bakal meneruskan legasi model klasik lain antaranya Zephyr 400, Yamaha XJR 400 dan Honda CB400. 

Kebangkitan semula mesin 400cc 4-silinder ini hampir pasti akan menjadi realiti menerusi Kawasaki Z400RS. Lebih menarik, terdapat desas-desus bahawa Honda juga sedang membangunkan projek 500cc 4-silinder di China. – Young Machine

Google ads
Back to top button