
CARSOME AUTOFAIR 10-11 SEPTEMBER. BANYAK TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA!
CARSOME menawarkan pelbagai tawaran tunai untuk pelanggan mereka di CARSOME Autofair yang berlangsung pada 10 hingga 11 September 2022, bertempat di CARSOME PJ Automall.
Dengan hanya menyemak imbas, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai pilihan sehingga 200 kereta pra-milik yang berkualiti. Seterusnya membolehkan pelanggan membeli kereta yang sesuai dengan keperluan mereka.
Antaranya termasuklah yuran tempahan cuma RM99, pakej tinted percuma daripada Ecotint, Pelan Waranti Lanjutan Platinum (EWP) percuma dan tawaran istimewa bernilai sehingga RM3,500 merangkumi dua baucar servis yang bersamaan dengan servis percuma selama setahun.

Sempena ulang tahun ke-7, CARSOME akan memberikan hadiah pulangan tunai sehingga RM7,000 kepada tujuh pembeli kereta bertuah sepanjang September ini. Untuk layak mendapat pulangan tunai, anda mesti melengkapkan CARSOME iaitu mengisi borang dan menjawab kuiz dengan betul. Sekiranya bertuah, CARSOME akan menghantar teks atau e-mel kepada anda.
Pembeli yang berminat juga boleh memohon kelulusan pinjaman segera untuk memandu pulang kereta impian mereka dengan hanya perlu membawa bersama kad pengenalan atau pasport antarabangsa, lesen memandu, slip gaji terkini tiga bulan, penyata KWSP dan pendaftaran syarikat (untuk individu bekerja sendiri) bagi tujuan dokumentasi.
CARSOME Autofair akan diadakan antara 10 hingga 11 September, dari 9.00 pagi hingga 8.00 malam.
- BACA: CARSOME PJ AUTOMALL RASMI DIBUKA. TAWAR PENGALAMAN TERBAIK BELI KERETA TERPAKAI
- BACA: CARSOME CERTIFIED LAB. KEMUDAHAN BAIK PULIH KERETA TERPAKAI PALING BESAR DI ASIA TENGGARA
- BACA: CARSOME CAPAI PENILAIAN RM5.4 BILION SELEPAS PUSINGAN PELABURAN TERKINI
- BACA: JUAL KERETA DI CARSOME, DAPAT DUIT EXTRA RM5000.







