Artikel Pilihan

JUAL KERETA DI CARSOME, DAPAT DUIT EXTRA RM5000.

Penulis ada pengalaman menjual kereta sendiri, ada yang senang dan ada yang susah. Kalau harga kereta yang anda jual itu kurang daripada RM20,000 maka peluang untuk menjual kereta tersebut secara tunai amat mudah.

Namun jika anda cuba menjual kereta yang berharga lebih dari RM20,000 peluang untuk menjumpai pembeli yang sanggup membayar tunai agak tipis.

Kemungkinan besar mereka akan meminta untuk anda membuat permohonan membuat pinjaman dengan bank. Nanti kami ceritakan bagaimana proses tersebut boleh berlaku.

Dua bulan lepas penulis telah menjual sebuah kereta dengan menggunakan perkhidmatan Carsome dan harga yang diberikan cukup menarik. Setelah selesai urusan penjualan kereta dan bayaran baki kepada bank, penulis memperolehi lebihan tunai melebihi 5 angka.

Senyum lebar bang, tidur senyum, makan senyum dan mandi pun senyum sampaikan isteri penulis mengesyaki penulis bercinta dengan artis popular. Ok langkah untuk menjual kereta di Carsome mudah saja.

1. Log masuk ke laman web Carsome, masukkan jenama, model kereta dan nombor telefon anda. Ketika ini anda akan diminta untuk menekan butang OTP bagi tujuan pengesahan. No OTP akan dihantar menerusi SMS dan perlu ditaip untuk pengesahan tempahan.

2. Kemudian pilih lokasi pemeriksaan yang berdekatan anda, tarikh dan masa yang sesuai. Jangan datang pukul 5 pagi, azan Subuh pun tak berkumandang lagi. Carsome ada 18 pusat pemeriksaan di seluruh negara

3. Satu email pengesahan akan dihantar ke email anda. Dalam email tersebut, anda diminta membawa geran atau salinan geran, kunci kereta dan salinan kunci kereta dan AP bagi kes kereta recond.

4. Sila hadir 15 minit awal untuk temu janji. Proses pemeriksaan akan berjalan dalam masa 30 minit. Setelah selesai pemeriksaan, seorang kakitangan Carsome akan menerangkan berkenaan sebarang kecacatan kereta jika ada dan memberikan satu harga yang akan dibayar oleh Carsome

5. Jika anda setuju dengan harga yang ditawarkan, anda boleh serahkan kereta dan bayaran akan dipindah masuk ke akaun anda dalam masa kurang 2 jam. Ingat anda perlu serahkan kereta sebelum bayaran dibuat. Balik nanti jawabnya naik Grab atau tren la.

6. Bagi kereta yang mempunyai baki pinjaman seperti penulis, seorang kakitangan Carsome akan menemani penulis untuk ke cawangan bank terdekat untuk menyelesaikan baki pinjaman. Selesai proses pembayaran, pihak Carsome akan melakukan proses thumbprint.

Jika ada lebihan duit selepas bayaran bank, duit tersebut akan dikreditkan terus ke akaun anda pada hari yang sama $$$

Kalau harga yang diberikan tidak memuaskan macam mana?

7. Bagi kes kereta milik ibu saudara penulis, kami memilih untuk menggunakan platform bidaan daripada Carsome setelah kami rasa harga RM33,000 yang ditawarkan bagi Honda City 2015 tidak cukup menarik.

Selepas bersetuju, kereta tersebut dibida secara atas talian dengan proses bidaan boleh dilihat secara langsung.

8. Dalam proses bidaan Carsome ini, seramai 39 pembida telah menyertai proses bidaan dan harga kereta telah meningkat naik sebanyak RM5,000. Banyak kan?

Setelah proses bidaan selesai, pemilik hanya menyatakan persetujuan dengan harga bidaan serta menyerahkan kereta pada tarikh yang ditetapkan. Pembayaran akan dibuat seperti proses 5 atau 6.

Ok ini merupakan sendiri penulis menjual kereta sendiri dan ahli keluarga di Carsome dan bukannya rekaan.

Kini, Carsome juga ada menyediakan khidmat membeli kereta terpakai berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

Ikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah:
1) Layari pautan affiliate ACCESSTRADE: https://www.carsome.my/buy-car
2) Pilih kenderaan yang diingini
3) Klik “free test drive
4) Masukkan nombor telefon, terima dan masukkan OTP
5) Log in ke dalam akaun
6) Pilih tarikh dan masa temu janji, kemudian hantar

Senang kan? Tunggu apa lagi? Cubalah, anda pasti tidak menyesal.

Google ads
Back to top button