Buletin

CASTROL POWER1 ULTIMATE LEBIH KUASA. GUNA FORMULA 5 DALAM 1

Castrol yang merupakan antara syarikat peneraju minyak pelincir tanah air melancarkan minyak enjin sintetik terbaharu Castrol POWER1 Ultimate.

Produk terbaharu khusus untuk kenderaan roda dua itu dibangunkan dengan formula 5 dalam 1 mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan.

Minyak pelincir Castrol POWER1 Ultimate Full Synthetic menawarkan pilihan dipadankan pada kenderaan roda dua seperti 5W-40 sesuai motosikal berkuasa rendah dan skuter manakala 10W-50 direka khas bagi jentera superbike.

“Sasaran utama kami adalah untuk meningkatkan pengalaman menunggang kepada para penunggang dengan memberi lebih kuasa, kenyakinan dan pecutan.

“Minyak pelincir baharu yang diperkenalkan ini dibangunkan bukan sahaja untuk menjana kuasa tetapi memastikan melindungi enjin sejajar reputasi Castrol.

“Castrol POWER1 ULTIMATE mampu menawarkan lebih kilometer dan perlindungan kepada motosikal serta enjin,” kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-shan.

Castrol POWER1 Ultimate menawarkan prestasi merangkumi lima perkara utama iaitu: –

Pecutan

  • Ia terbukti memberi prestasi terbaik berbanding jenama lain dengan ujian dilakukan ke atas enjin jentera Honda CBR300 dan Honda ANC125.

Perlindungan

  • Minyak pelincir baharu itu menawarkan perlindungan sebanyak 50 peratus mengatasi had industri pada motosikal dan skuter.

Melancarkan Tunggangan

  • Ia membolehkan tunggangan lebih lancar dengan pelbagai kelajuan enjin serta memastikan klac berfungsi lebih baik dan tidak tergelincir.

Memastikan Enjin Sejuk

  • Produk terbaharu itu dapat mengekalkan enjin sentiasa sejuk walaupun telah melalui ujian sejauh 12,000 km.

Prestasi Ketahanan

  • Ia mengekalkan 95 peratus prestasi asal dalam ujian ketahanan litar lumba sejauh 48,000 km sekali gus membuktikan kemampuan prestasi berkekalan.

Harga pengenalan 1 liter Castrol POWER1 ULTIMATE dijual pada harga bermula RM55 hingga RM60.50.

Castrol POWER1 Ultimate boleh didapati di Castrol Bike Point dan kedai rasmi Castrol Shopee (www.shopee.com/castrol.os).

Untuk keterangan lanjut mengenai prosuk terbaharu itu boleh melayari laman Facebook https://www.facebook.com/castrolmalaysia/ atau https://www.castrol.com/en_my/malaysia/home.html

Google ads
Back to top button