Buletin

CASTROL PERKENAL CRB TURBOMAX BAHARU DENGAN 3X PERLINDUNGAN UNTUK ENJIN KENDERAAN TUGAS BERAT DAN RINGAN

Castrol baru-baru ini telaj memperkenalkan dua minyak enjin baharu dalam siri Castrol CRB TURBOMAX iaitu CRB TURBOMAX 10W-40 CK-4/E9 dan CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN.

Dirumus khas untuk memenuhi keperluan trak-trak komersial, daripada yang mengangkut muatan berat ke trak ringan dan van bandar, kedua-dua varian ini dibangunkan menggunakan Teknologi Durashield™ yang memberikan perlindungan tiga kali ganda terhadap panas, mendapan, dan geseran.

CRB TURBOMAX 10W-40 CK-4/E9 – UNTUK JENTERA TUGAS BERAT

Minyak enjin ini merupakan pilihan ideal untuk enjin diesel 4-lejang berkelajuan tinggi, termasuk yang menggunakan bahan api pelbagai jenis serta dilengkapi sistem edaran semula gas ekzos (EGR).

Trak-trak besar yang beroperasi dalam keadaan ekstrem, seperti perjalanan jarak jauh, muatan berlebihan, serta suhu persekitaran melampau memerlukan perlindungan tambahan daripada tekanan haba dan kerosakan dalaman.

Dengan keupayaan Teknologi Durashield™, Castrol CRB TURBOMAX 10W-40 bertindak sebagai perisai terhadap pembentukan mendapan yang boleh menjejaskan kecekapan enjin.

Ia juga mengurangkan geseran antara komponen penting, seterusnya memanjangkan jangka hayat enjin dan membantu menjimatkan kos penyelenggaraan.

CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN – PENJAGAAN LEBIH TELITI UNTUK KENDERAAN TUGAS RINGAN

Bagi trak pikap, van, dan kenderaan komersial yang lebih ringan, Castrol menawarkan pilihan sintetik penuh menerusi CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN.

Diformulasi untuk menyesuaikan diri dengan keperluan enjin petrol dan diesel berprestasi tinggi, minyak ini sangat sesuai digunakan dalam keadaan jalan yang sesak, tidak rata, serta corak pemanduan tidak menentu.

Ia memberikan perlindungan maksimum dengan melindungi molekul minyak daripada mudah terurai akibat tekanan tinggi.

Ujian makmal menunjukkan prestasi minyak ini 50 peratus lebih baik dalam mengurangkan geseran berbanding had piawaian industri, sekali gus mengekalkan kebersihan enjin dan memastikan kecekapan berpanjangan.

SOKONGAN UNTUK ENJIN YANG LEBIH BERSIH DAN CEKAP

Kedua-dua varian CRB TURBOMAX ini bukan sahaja memberikan perlindungan optimum, malah sesuai digunakan dengan bahan api biodiesel, iaitu pilihan yang lebih mesra alam.

Minyak ini membantu enjin berfungsi dengan lebih lancar dan bersih, serta boleh menyumbang kepada penjimatan bahan api dalam jangka masa panjang.

Dengan pelancaran baharu ini, Castrol bukan sekadar menawarkan minyak enjin, tetapi solusi menyeluruh untuk penjagaan enjin dalam pelbagai kondisi pemanduan dan operasi.

Google ads
Back to top button