Buletin

MINYAK ENJIN CASTROL KINI RAIH PENSIJILAN RASMI SIRIM

Castrol, jenama minyak pelincir terkemuka dunia, mengumumkan bahawa kesemua produk minyak enjinnya yang dipasarkan di Malaysia kini telah menerima pengiktirafan rasmi daripada SIRIM QAS International di bawah Standard SIRIM 58, Skim Pensijilan Produk Tulen (Minyak Enjin untuk Kenderaan Bermotor).

Langkah ini sekali gus mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap kualiti minyak enjin Castrol, di samping membuktikan komitmen syarikat dalam mematuhi piawaian kawal selia terkini yang digariskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Mulai masa terdekat, semua produk Castrol akan hadir dengan label pensijilan SIRIM pada pembungkusan baharu yang diedarkan secara berperingkat di seluruh negara.

Label ini bukan sahaja memudahkan pengguna mengesahkan keaslian produk, malah bertindak sebagai pelindung daripada risiko membeli barangan tiruan.

“Pensijilan ini bukan semata-mata soal pematuhan, sebaliknya ia menegaskan semula janji kami kepada pelanggan, memberikan prestasi dan kualiti yang boleh dipercayai. Kini, kepercayaan tersebut telah disahkan secara rasmi oleh SIRIM,” kata Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Gan Wee Kiong.

Dengan rekod inovasi dalam formulasi minyak enjin serta perlindungan enjin yang terbukti, Castrol menjadi antara syarikat terawal memperoleh pensijilan ini.

Ia juga meletakkan Castrol di barisan hadapan dalam usaha industri memerangi produk tiruan, memperkukuh pendidikan pengguna serta memastikan ketelusan rantaian bekalan.

Castrol mengingatkan pengguna untuk memastikan kewujudan label pensijilan SIRIM pada setiap produk minyak enjin yang dibeli bagi menjamin kualiti, keselamatan dan prestasi enjin kenderaan.

Google ads
Back to top button