Motosikal

CASTROL DAN HONDA JALIN KERJASAMA PERKUKUH PERKEMBANGAN PERLUMBAAN TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

Dalam usaha mengukuhkan komitmen dalam pembangunan bakat baharu bagi perlumbaan tempatan dan antarabangsa, Castrol mengumumkan jalinan kerjasama baharu bersama Honda Racing Corproation (HRC).

Untuk rekod, Castrol merupakan penaja utama (title sponsor) bagi pasukan HRC yang diterajui Luca Marini dan Joan Mir di pentas MotoGP. Usahama itu menyaksikan Castrol membekalkan pelincir dan bahan api selain sokongan teknikal.

“Castrol mempunyai sejarah panjang dalam menggunakan sukan permotoran untuk mempamerkan keupayaan teknikal dan teknologi baharu yang dibangunkan bersama.

“Kerjasama ini merupakan peluang terbaik untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan para peminat perlumbaan motosikal dan peminat jentera dua roda di seluruh dunia,” ujar Ketua Pegawai Pemasaran Castrol, Sandeep Sangwan.

“HRC dan Castrol berkongsi komitmen padu terhadap prestasi dan inovasi. Kami pernah mencapai kejayaan besar bersama sebelum ini, maka tidak hairanlah jika kami memilih untuk memperbaharui kerjasama ini,” jelas Presiden Honda Racing Corporation, Koji Watanabe.

Kerjasama Castrol dan Honda turut melibatkan perlumbaan tempatan bersama pasukan Castrol Power1 Honda Yuzy Racing bagi saingan Cub Prix 2025 yang telah pun membuka tirai April lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pasukan tersebut telah memperkenalkan dua pelumba baharu menerusi Muhammad Haziq Hakimy Kamaruddin dan Aisy Izz Hafiz Hairul Hafiz.

Penglibatan Castrol di pentas antarabangsa dan tempatan membuktikan komitmen jenama itu dalam sukan permotoran.

“Barisan penunggang baharu ini mencerminkan komitmen kami terhadap usaha memupuk bakat-bakat baharu, di samping terus berusaha mencapai kejayaan di litar perlumbaan.

“Kami sangat gembira dengan penyertaan Aqeel, Haziq Hakimy, dan Aisy untuk mewakili pasukan CASTROL POWER1 HONDA YUZY RACING,” jelas Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-Shan.

Google ads
Back to top button