Motosikal

CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 KHAS UNTUK JENTERA BERPRESTASI TINGGI

Castrol dengan rasminya memperkenalkan minyak enjin baharu untuk motosikal berprestasi tinggi menerusi Castrol Power1 Ultimate Superbike 10W-50.

Minyak enjin sintetik penuh itu diformulasikan khas untuk penunggang yang mahukan prestasi optimum untuk motosikal berkuasa tinggi mereka.

Antara ciri yang ditawarkan Castrol Power1 Ultimate ini termasuk:

  • mengurangkan geseran antara permukaan logam di dalam enjin.
  • melindungi geseran lebih 50 peratus dari had minimum yang ditetapkan standard API SN.
  • mengekalkan prestasi minyak enjin untuk tunggangan jarak jauh termasuk tunggangan berterusan sehingga 3,000km.
  • penukaran gear yang lebih responsif dan lancar.
  • memastikan dalaman enjin lebih bersih dan kadar kelikatan minyak pelincir yang lebih konsisten.

Menariknya, pelumba lagenda negara, Wzi Abdul Hamid antara yang terawal mencuba Castrol Power1 Ultimate Supberik 10W-50 ini.

Saya dapat merasai perbezaannya serta-merta, di mana enjin berbunyi lebih senyap, suhu kekal stabil walaupun menempuh jarak jauh, dan prestasinya kekal lancar tanpa gangguan. Pendikit juga menjadi lebih responsif dan berkuasa, terutamanya semasa menukar gear secara agresif,” jelasnya.

Castrol Power1 Ultimate Superbike 10W-50 boleh didapati di semua bengkel motosikal Castrol yang sah termasuk platform dalam talian.

Google ads
Back to top button