Buletin

CASTROL HARI MEKANIK MALAYSIA: PENGHARGAAN BUAT UNSUNG HERO

Syarikat pelincir automotif terkemuka, Castrol menganjurkan kempen ‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ buat kali kelima berturut-turut. Bertemakan ‘Meraikan Mekanik Malaysia’, ia diadakan sebagai tanda penghargaan kepada wira automobil di Malaysia.

Disambut pada 18 Mac setiap tahun, ‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ tahun ini dimulakan dengan sebuah video unik yang dilancarkan pada 1 Mac 2023. 

Video bertajuk “Sebuah Dunia Tanpa Mekanik” itu ditayangkan dalam platform media sosial YouTube dan Facebook.

Selain itu, Castrol juga menganjurkan ‘Pertandingan Mekanik Castrol’, berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2023 bertujuan memberikan ganjaran serta penghargaan kepada mekanik tempatan. Semua penyertaan boleh diserahkan melalui Aplikasi Motorist, aplikasi eksklusif khusus untuk semua bengkel Castrol Auto Servis.

“Di Castrol, kami percaya dengan nilai dan kepentingan mekanik dan kami bekerja keras untuk meraikan perkhidmatan mereka kepada kita setiap hari. Mekanik adalah wira tak didendang dalam masyarakat moden kita hari ini,” kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-Shan.

Semua mekanik daripada tiga bengkel terbaik di setiap bahagian (bahagian Utara, bahagian Tengah, bahagian Selatan, bahagian Pantai Timur dan bahagian Timur Malaysia) yang berjaya mengutip jumlah jualan tertinggi bakal membawa pulang Xiaomi Redmi Note 11 Pro 6.67 inci (128GB), bernilai RM1,149.

Sementara tiga bengkel terbaik daripada setiap bahagian itu juga akan dikreditkan 8,000 Mata EZ Rewards bernilai RM800.

Sebagai tanda penghargaan, Castrol turut merealisasikan impian dua orang pengguna menerusi pertandingan ‘Castrol Game Changers’, anjuran bersama ‘Premier League’.

Pemenang-pemenang bertuah diterbangkan ke London bagi menyaksikan perlawanan Tottenham Hotspurs menentang Chelsea pada February lalu di Stadium Tottenham Hotspurs di mana Spurs menang 2-0.

Castrol dalam pada masa yang sama menawarkan ‘limited edition packaging’ untuk Castrol EDGE 5W-40, menampilkan empat pemain bintang Liga Perdana, David De Gea (Manchester United), Jesse Lingard (Nottingham Forest), Michail Antonio (West Ham), dan Son Heung Min (Tottenham Hotspurs).

Google ads
Back to top button