Buletin
MINYAK PELINCIR PETRONAS NAIK HARGA LEBIH 7% BERMULA 1 JULAI 2021
Dalam satu surat pekeliling terbaharu, Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. mengumumkan kenaikan harga untuk semua produk minyak pelincir keluarannya.
Berkuat-kuasa 1 Julai 2021, semua produk minyak pelincir Petronas akan mengalami kenaikan tujuh peratus dan ke atas (bergantung kepada produk tertentu).
Petronas menyatakan kenaikan harga itu berikutan masalah kekurangan bekalan bahan mentah. Ini mengakibatkan kos bahan mentah naik, di samping masalah penutupan sementara operasi kilang kerana SOP COVID-19.
Jadi, syarikat dilihat tiada pilihan lain selain terpaksa menaikkan harga, walaupun permintaan terhadap produk minyak pelincir Petronas adalah tinggi.