
CATERHAM SEVEN CSR TWENTY DIHASILKAN DENGAN UNIT YANG TERHAD. HANYA RM454,191
Pengeluar kereta sport ringan terkemuka dari Britain, Caterham telah melancarkan model edisi terhad terbaharunya, Seven CSR Twenty. Ianya dilancarkan sebagai untuk meraikan 20 tahun casis CSR.
Ianya merupakan kenderaan pertama untuk pasaran UK yang telah dibina di kilang serba baharu Caterham yang bernilai berjuta Pound Sterling yang terletak di Dartford.
Model edisi khas ini menampilkan casis Caterham paling utuh , yang mana ianya meliputi suspensi depan dan belakang bebas sepenuhnya. Suspensi hadapan bahagian dalam menyediakan stereng yang lebih langsung dan tersusun, memastikan pengalaman pemanduan yang lebih jitu.
Manakala tetapan bahagian belakang direka untuk memberikan cengkaman, keselesaan dan ketenangan tambahan bahagian belakang. Jika digabungkan, ini membolehkan Seven CSR Twenty memberikan prestasinya dengan baik, tanpa mengira kualiti jalan raya.
Mode istimewa ini dipadankan dengan enjin paling popular Caterham, enjin Duratec 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 210 HPyang digunakan untuk model Seven 420, adalah gabungan yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini.
Prestasi enjin empat silinder, aspirasi semula jadi ini memberikan kuasa 210 HP yang berputar sehingga 7,600 rpm. Keupayaan memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam tempoh 3.9 saat serta kelajuan tertinggi 219 km/j. Enjin yang cukup berkuasa ini dipadangkan dengan transmisi manual lima kelajuan.

Untuk menandakan ulang tahun itu, model ini menawarkan kemasan paling premium yang pernah dilihat pada model Seven ini.
Bahagian dalamannya menampilkan papan pemuka karbon satin, dail edisi CSR Twenty, bahagian atas menggunakan kulit premium, kayu gear dan pelapik brek tangan balutan kulit Alcantara, karpet mewah berwarna hitam dan stereng Momo kulit.
Selain itu, tempat duduk CSR Twenty yang direka dengan kulit premium, juga terdapat kemasan jahitan merah dan juga logo CSR Twenty.
Bahagian luar kereta itu menampilkan kon hidung dan sayap hadapan gaya model Seven 620, lampu hadapan dan belakang LED, but hitam Mohair, angkup brek merah, gril Union Flag dwi warna dan buat pertama kali rim aloi Vulcan 15 inci dipadankan secara eksklusif untuk model CSR ini.
Model ini hanya akan dikeluarkan sejumlah 20 unit sahaja dengan harga £79,995 (RM454,191).
BACA : CATERHAM 360R – JELMAAN HELIKOPTER TENTERA KHAS UNTUK KUMPUL DANA KEBAJIKAN

