Buletin

CATERHAM UMUM BAKAL BERPINDAH KE IBU PEJABAT BAHARU

Pengeluar kereta sport Indie terkemuka England, Caterham mengumumkan bakal berpindah ke Ibu Pejabat yang baharu bersempena dengan ulang tahun penubuhannya yang ke 50 tahun. Fasiliti serba baharu dan lengkap itu masih lagi berlokasikan di Dartford bakal menempatkan kilang pembuatan, kejuruteraanm permotoran dan juga pasukan lumba.

Pelaburan yang berskala mega untuk menempatkan fasiliti baharu ini dibuat oleh pemegang saham terbesar Caterham merangkap pemilik, VT Holdings, salah satu kumpulan retail terbesar di Jepun. Dengan berpindah ke fasiliti serba baharu nanti, adalah dijangkakan ianya akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran sebanyak 50% berbanding asal yang bersamaan dengan 750 unit model setahun.

Fasiliti serba baharu ini berkeluasan kira – kira 54,000 meter kaki persegi yang terletak di kawasan pembangunan perindustrian berkeluasan sembilan ekar yang dipanggil Dartford X. Fasiliti baharu Caterham ini terletak tidak jauh daripada lokasi asal sudah pastinya akan memudahkan proses perpindahan tanpa mengambil masa yang lama sekali gus mengekalkan tenaga kerja mahir sedia yang bertanggungjawab untuk memasang kesemua model kereta Caterham menggunakan tangan.

Proses perpindahan dijangka mengambil masa beberapa bulan akan datang dan dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun nanti.Pada masa hadapan, Caterham turut merancang untuk menawarkan pelbagai pengalaman pelanggan di tapak termasuk lawatan kilang, acara dan penyerahan kenderaan.

Menurut Bob Laishley selaku Ketua Pegawai Eksekutif Caterham, ianya bertepatan dengan ulang tahun ke 50 buat organisasi mereka. “Lokasi baharu ini bukan sahaja akan menambahkan kapasiti produksi tetapi membolehkan kami memajukan keupayaan pembuatan dengan lebih moden. Ianya cukup hebat untuk jenama, pekerja kami, pelanggan terdahulu, sekarang serta masa hadapan untuk dikunjungi”, ujar beliau.

Kawasan Tenggara England telah menjadi rumah kepada Caterham sejak ia mula membina kereta pada tahun 1973 di bandar Caterham, Surrey. Pada tahun 1987, kilang pengeluaran telah berpindah ke Kennet Road di Dartford di mana keretanya telah dipasang sehingga ke hari ini.

Barisan model Caterham semasa terdiri daripada Seven Academy Car, Seven 170, Super Seven 600, Super Seven 2000, Seven 360, Seven 420, Seven 420 Cup dan Seven 620. Manakala rangkaian di Eropah semasa terdiri daripada Seven 170, Super Seven 600, Super Seven 2000, Seven 340, Seven 485 dan Seven 485CSR.

Caterham juga turut terkenal dalam bahagian sukan permotoran yang terdiri daripada lima siri perlumbaan UK yang bertujuan untuk semua peringkat pengalaman pemandu. Terdapat juga beberapa kejohanan perlumbaan Caterham di Perancis dan Portugal.

BACA : LEGO AKAN HASILKAN SET CATERHAM SEVEN

BACA : CATERHAM AEROSEVEN CONCEPT

Google ads

B K

Back to top button