Buletin

LOTUS CARS MALAYSIA RASMI LOTUS STORE DI GEORGETOWN, PULAU PINANG

Lotus Cars Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan dengan pembukaan Lotus Store Penang, cawangan ketiga dalam tahun 2024.

Outlet terbaru ini menambah dua lokasi sedia ada di Pavilion Damansara Heights dan Glenmarie Kuala Lumpur, sekaligus menandakan kali pertama jenama ikonik ini membuka pusat runcit di luar Lembah Klang sejak 28 tahun lalu.

Lotus Store Penang terletak di pusat perniagaan utama Georgetown, di No. 2A-01-02, Jalan Penang, 10000 Georgetown, Pulau Pinang.

Kedudukan strategik ini memudahkan akses pelanggan baru dan sedia ada di wilayah utara. Ruang pameran ini menampilkan dua model Lotus, di samping menyediakan “configurator lounge” khusus memberikan pengalaman peribadi kepada pelanggan untuk menyesuaikan reka bentuk kenderaan mereka.

Model-model Lotus yang kini ditawarkan di Malaysia termasuklah SUV elektrik berprestasi tinggi Eletre, Eletre S, dan Eletre R; Hyper-GT elektrik sepenuhnya, Emeya, Emeya S, dan Emeya R serta kereta sport ikonik, Emira First Edition, First Edition V6, Emira Turbo, serta Emira Turbo SE.

Sebagai penghormatan kepada pembukaan ini, pelanggan baharu Lotus Emira akan dijemput untuk menyertai “Lotus Factory Experience” di Hethel, United Kingdom.

Lawatan eksklusif ini dijadualkan pada April dan Oktober 2025, termasuk lawatan kilang Lotus Emira serta pengalaman memandu Emira di litar ujian ikonik Lotus.

Selain itu, para pelanggan juga akan menikmati sajian gourmet dan penginapan mewah sepanjang program tersebut.

Lotus Cars Malaysia turut menawarkan pelan pembayaran istimewa untuk Lotus Eletre dengan ansuran bulanan serendah RM6,388 untuk masa terhad.

Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi Lotus atau menghubungi perkhidmatan pelanggan di my.customercare@worldwide.lotuscars.com atau di talian +60-1-6611-2388.

Google ads
Back to top button