Buletin

BENTLEY JUAL MADU BENTLEY BEE – TERNAK LEBAH DI KILANG

Ini satu perkembangan bisnes menarik. Bentley Motors telah berjaya mengeluarkan madunya sendiri. Di ibu pejabat dan kilang Bentley di Crewe, England terdapat 120,000 lebah yang diternak secara serius.

Jika Bentley mempunyai Flying Spur, ini pula Flying Bee dengan hasil pertama iaitu lebih 100 balang madu daripada hanya dua sarang lebah.

Sarang lebah tersebut sudah mula dikutip dan diekstrak oleh penjaga lebah Bentley. Proses tersebut melibatkan ekstrak daripada sarang sehinggalah dimasukkan ke dalam balang.

Projek ini bukan sekadar mengisi masa malah ianya dibuat dengan penuh perincian yang seperti mana jenama Bentley sendiri. Label balang lebah adalah hasil Louise McCallum, pereka dalaman Bentley.

Sentuhan istimewa tersebut bukan setakat untuk dikongsikan bersama kakitangan Bentley malah turut dijadikan sebagai cenderahati kepada tetamu VIP yang melawat ibu pejabat dan kilang Crewe.

Menurut Peter Bosch, Ahli Lembaga Pengilangan Bentley projek peletakan sarang lebah pertama dibuat awal tahun ini untuk menyumbang kepada biodiversiti setempat.

Lebah yang diternak telah membawa pelbagai debunga daripada bunga liar yang ditanam di kawasan kilang dan pinggiran bandar.

Ini menunjukkan bahawa usaha dan lokasi telah berjaya dan menyumbang kepada hasil tuaian yang produktif. 

Ia juga adalah sebahagian usaha Bentley dalam menjadikan tempat dan operasi Bentley sebagai pengeluar automotif mewah paling mampan.

Pihak Bentley begitu gembira dengan hasil awal ini dan bercadang mahu meletakkan lebih banyak sarang dan meningkatkan lagi amaun madu yang boleh dihasilkan pada tahun depan.

Kami teruja dengan perkembangan ini dan ia berjaya menunjukkan sisi mesra alam sekitar oleh pengeluar. Tidak hanya menjual, alam sekitar juga penting dan siapa sangka Bentley mempunyai madu sendiri.

BACA: BENTLEY FLYING SPUR KINI LEBIH BESAR DAN CANGGIH – NAK LAWAN S-CLASS & MAYBACH

BACA: INILAH SUV PRODUKSI TERPANTAS DI DUNIA – BENTLEY BENTAYGA SPEED. 306KM/J!

BACA: FAKTA PENJAGAAN RANGE ROVER EVOQUE

Google ads
Back to top button