Buletin

BENTLEY FLYING SPUR HYBRID PHEV TIBA DI MALAYSIA. 544PS/750NM, BERMULA 945K

Bentley Kuala Lumpur meraikan ulang tahun ke-25 di Malaysia dngan mengumumkan ketibaan Flying Spur Hybrid ke pasaran tempatan. 

Ia juga menjadi bukti kesediaan Bentley untuk melaksanakan strategi Beyond100 yang fokus kepada naturaliti karbon menjelang tahun 2030. 

Dibina di atas model Flying Spur generasi ketiga, jentera tersebut menggunakan sistem hibrid yang menjadikannya sebagai Bentley paling efisien pernah dihasilkan.

Malah, setangki penuh mampu menawarkan jarak lebih 800km, terima kasih kepada bateri berkapasiti 18kWh yang ada padanya. Jika menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, jaraknya mampu mencecah 40km dengan bateri penuh.

Rangkaian kuasa itu terdiri daripada enjin V6 turbo berkembar 2.9 liter dan motor elektrik yang mampu menjana kuasa 544PS dan tork 750Nm.

Prestasi yang menyamai kuasa enjin tradisional W12 dan V8 itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.3 saat. 

Penampilan luaran Flying Spur Hybrid dibezakan menerusi emblem ‘Hybrid” pada fender hadapan, paip ekzos dan poin pengecasan pada fender kiri. Sedan mewah itu hadir bersama kabel pengecas sebagai standard.

Pembeli boleh memilih di antara rim Mulliner Driving Specification bersaiz 22 inci dalam tiga kemasan, rim 21 inci berwarna polished atau kelabu dan rim standard 20 inci.  

Sebagai sebuah kereta mewah, pelanggan boleh memilih (lima standard, 10 pilihan) warna kemasan kulit dan lapan kayu veneer. Warna benang dan emblem juga boleh dipilih mengikut kehendak pelanggan.

Flying Spur Hybrid hadir dengan pelbagai ciri intuitif dan pintar. Masuk ke dalam kabon, suis Start/Stop digantikan dengan tiga mode E iaitu EV Drive, Hybrid Mode dan Hold Mode. Ia membolehkan pemandu untuk menguruskan penggunaan bateri sepanjang perjalanan. 

Mode EV Drive digunakan sebagai sahaja kereta dihidupkan bagi memaksimumkan pemanduan elektrik dan ideal untuk perjalanan dekat. Skrin instrumen akan memaparkan maklumat apabilan kereta dipandu dalam mode EV. 

Aliran tenaga juga boleh dipaparkan pada skrin infohibur, di mana statisrik dan tempoh mengecaj boleh ditetapkan. Maklumat e-motion seperti jarak, tahap bateri dan pengecasan pula boleh dilihat melalui panel instrumen, selain pada paparan head-up dan skrin tengah.  

Flying Spur Hybrid didatangkan dalam lebih 60 pilihan warna dan dihasilkan di kilang Bentley di Crewe, UK. 

Flying Spur Hybrid yang hadir dalam varian Azure dan S ditawarkan pada harga bermula RMRM945,000 (tidak termasuk duti, cukai dan yuran pendaftaran).

GALERI

Google ads
Back to top button